Hujan lebat dijangka berterusan di negeri Pahang dan Johor sehingga esok, Sabtu, 13 Januari.

Amaran cuaca buruk itu melibatkan daerah Rompin, Pekan dan Kuantan bagi negeri Pahang. Manakala daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai bagi negeri Johor.

Hujan berterusan yang masuk hari kedua menyebabkan jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat lagi kepada 357 orang hingga 8 pagi ini berbanding 318 malam Khamis.

BACA: 20 darjah Celsius bukan luar biasa - MetMalaysia

BACA: Mangsa banjir di Pahang meningkat

Kenyataan ramalan cuaca yang dikemas kini oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada jam 12.00 tengah hari, hari ini turut mengeluarkan amaran cuaca waspada di dua negeri tersebut.

“Amaran peringkat waspada itu melibatkan daerah Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Jerantut di Pahang. Manakala daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian di Johor,” menurutnya lagi.