Rakyat Malaysia perlu belajar melalui sejarah bagi menggelak daripada mengulangi kesilapan lampau yang hanya akan merugikan negara bagi tempoh jangka panjang.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata banyak catatan sejarah dunia boleh dijadikan iktibar terutama berkaitan kejatuhan sesuatu kerajaan dan empayar hanya kerana perbalahan sesama sendiri oleh pemimpin dan rakyat.
“Kita boleh berbeza pandangan tetapi jangan sampai perbezaan pandangan kita menghancurkan negara,” katanya pada majlis makan malam bersama Diaspora Malaysia di sini malam tadi.
Timbalan Perdana Menteri berada di Turki sejak Khamis bagi mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) yang berlangsung di sini.
Ahmad Zahid berkata kerajaan sekarang gigih untuk memastikan Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang dikagumi dunia dalam setiap bidang melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, iaitu dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.
“Kita mahu Malaysia berada di tahap 20 negara terbaik dunia menjelang 2050,” katanya.
Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Duta Besar Malaysia ke Turki Datuk Abd Razak Abdul Wahab, Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim serta pegawai kementerian luar, ahli perniagaan dan pelajar Malaysia.
Pada majlis ramah mesra itu, Timbalan Perdana Menteri turut berkongi pengalamannya melawat kem pelarian Rohingya di Kutupalong di Cox’s Bazar, Bangladesh pada awal minggu ini yang menyaksikan ribuan pelarian itu hidup dalam keadaan sengsara dan serba kekurangan.
Menurutnya Malaysia dan Turki di bawah kepimpinan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan bersepakat untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian itu termasuk melalui komitmen Malaysia bagi membina sebuah hospital lapangan lapangan yang dilengkapi 50 katil di Cox's Bazar supaya lebih ramai pelarian menerima penjagaan kesihatan lebih baik.
“Presiden Erdogan sendiri bersetuju untuk membekalkan 20,000 buah khemah, kemudahan sekolah serta menyediakan bekalan makanan dan minuman termasuk pakaian kepada pelarian Rohingya,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2017
Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis ceria ketika bergambar kenangan bersama para pelajar dan rakyat Malaysia pada majlis Makan Malam bersama Diaspora Malaysia di Turki malam tadi. --foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.