Seorang pengurus sumber manusia pusat gedung tekstil terkenal, Jakel hari ini didenda RM25,000 oleh Mahkamah Khas Pendatang Asing Tanpa Izin ( PATI) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas pertuduhan mengambil seorang pekerja warga Indonesia tanpa permit sah.
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob menjatuhi hukuman itu ke atas Kamaruddin Su, 41, selepas dia mengaku bersalah mengambil pekerja wanita Sukiyati, 46, yang tidak memiliki pas yang sah.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di Jakel Mall, 159 Jakel Square, Jalan Munshi Abdullah, di sini pukul 8 malam pada 6 Julai 2017 mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan maksimum RM50,000 atau dipenjara bagi tempoh tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap seorang yang diambil bekerja.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda berkenaan.
Sebelum menjatuhi hukuman, Hakim Wan Mohd Norisham menasihatkan tertuduh sebagai wakil syarikat berkenaan agar lebih berhati-hati dalam mengambil pekerja warga asing.
"Jakel adalah satu syarikat terkenal di Malaysia. Sebagai pegawai pengurus sumber manusia, kamu perlu lebih berhati-hati ketika mengambil pekerja warga asing. Pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah membuat banyak operasi bagi membendung PATI namun jumlahnya tidak berkurang tetapi semakin bertambah.
"Kalau hukuman yang dijatuhkan tidak berat, seolah-olah tidak menakutkan orang. Operasi Imigresen sahaja mengambil kos RM20 juta setahun. Penjara bukan sahaja dipenuhi warga tempatan tetapi dipenuhi dengan warga asing. Hukuman yang dijatuhkan perlu menjadi pengajaran kepada syarikat lain," kata hakim itu.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum selain memohon maaf atas kesilapan itu.
Pegawai Pendakwa JIM, Mohd Khairul Amri Mohd Zainuddin memohon hukuman berbentuk pengajaran kepada Jakel dan syarikat-syarikat lain agar tidak sewenang-wenangnya mengambil pekerja warga asing tanpa pas yang sah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 31 2018
Hakim menasihatkan tertuduh agar lebih berhati-hati dalam mengambil pekerja warga asing. - Gambar hiasan
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
FGP Ventures didenda atas kesalahan tawar iRPS secara tidak sah - SSM
FGP Ventures Sdn Bhd, syarikat persendirian menurut syer, dikenakan hukuman denda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lelaki 'kantoi' seludup ular sawa dalam seluar
Susulan tindakan itu, dia dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda AS$5,000 (RM23,887).
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.
Apple akan didenda AS$500 juta oleh EU kerana amalan anti persaingan
Kini menurut laporan Financial Times, EU akan mengenakan denda $500 juta ke atas Apple atas amalan anti persaingan mereka.
Bekas MP Kapar mengaku bersalah hantar mesej kurang sopan, bayar denda
Manikavasagam yang juga bekas Ketua PKR Cabang Kuala Selangor dituduh berkelakuan kurang sopan terhadap seorang individu dengan menghantar mesej kurang sopan.
Syarikat proses ayam didenda RM15,000 lepas efluen tidak dirawat ke longkang
Kesalahan itu dilakukan di premis yang beroperasi di Kulim pada jam 9.30 hingga 11 malam 4 April tahun lalu.
Didenda RM48,000 tipu tuntutan Program Penjana Kerjaya
Tertuduh didenda kerana mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM10,000, tiga tahun lepas.
Warga emas didenda tipu lelaki kononnya bagasi ditahan di KLIA
Raja Shahyan Raja Abdullah, 82, didakwa menipu mangsa berkenaan bagasi yang ditahan di KLIA sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM2,700.
Tukang masak didenda RM10,000 alih wang lebih RM100,000 ke dalam akaun bank
Ng Kah Lun, 20, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan memerintahkan tertuduh dihukum penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.