Imam Pertama, Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Sabri Abdullah, meluahkan rasa rindunya untuk mengimamkan solat Jumaat yang turut dihadiri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Masjid Al-Sultan Ismail Petra katanya, sering menjadi masjid pilihan Sultan Muhammad V kerana kedudukannya yang dekat dengan istana. Kali terakhir Sultan Kelantan itu bersembahyang Jumaat di masjid berkenaan adalah pada awal Januari, iaitu dua hari sebelum Baginda membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Baginda juga sering menunaikan solat Jumaat dan solat fardhu dibeberapa masjid di sekitar Kota Bharu dan akan meluangkan masa untuk beramah-mesra dengan rakyat jelata yang hadir. Sebagai Sultan berjiwa rakyat, kelibat Baginda juga sudah lama dirindui rakyat Kelantan yang menanti keberangkatan pulang Baginda.
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Mungkin pegawai polis senior lindungi kegiatan haram Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya tidak menafikan pegawai itu tidak bergerak sendirian dalam menerima suapan dan melindungi kegiatan terbabit, selain disyaki wujud penglibatan pegawai polis yang lebih senior.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri berhubung apa jua insiden yang berlaku di negara ini.
34 penjawat awam ditahan, sebabkan ketirisan RM2 bilion Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mencecah 2 bilion ringgit bagi tempoh tiga tahun lepas.
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Ambo rindu Sultan ambo - Luah rakyat Kelantan Ramai rakyat Kelantan mula merindui Sultan Muhammad V yang kini belum kembali ke Tanah Serendah Sekebun Bunga itu.