Air mineral, semangat diri dan ingatan kepada orang tersayang menjadi penguat semangat kepada sembilan anak kapal KD Perdana semasa hanyut selama 51 jam di laut Sabtu lalu.
Kaptennya Leftenan Mohd Hidir Yusof berkata airnya pula terpaksa dicatu dalam kalangan mereka.
"Semasa hari pertama dan kedua, bekalan air masih mencukupi. Namun apabila masuk hari ketiga dan melihat kepada keadaan kami yang masih belum ditemui (pihak penyelamat), saya mengambil keputusan untuk mencatu bekalan air memandangkan bekalannya hanya tinggal antara lapan hingga 10 botol air mineral bersaiz 500 milimeter.
"Kami hanya minum seteguk seorang tiga kali sehari, pagi, petang dan malam sebelum tidur. Jika kami masih tidak ditemui dalam beberapa hari lagi, tidak tahulah apa yang akan berlaku kepada kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kehilangan mereka akhirnya ditemukan dan selamatkan. Kepulangan mereka disambut oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin di Markas Laut Wilayah 1 (MAWILLA 1), Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini.
Turut sama menyambut ketibaan mereka Panglima MAWILLA 1, Laksamana Muda Datuk Mohd Redza Mohd Sany serta kaum keluarga mereka.
Sebaik tiba pada pukul 10 pagi itu, mereka kelihatan berpeluk-pelukan dan bertangis-tangisan dengan anggota keluarga yang sedia menanti.
Menceritakan kejadian yang mereka alami, Mohd Hidir berkata mereka sedang melakukan operasi untuk mengusir 10 buah bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara.
"Dalam usaha mengejar selepas tiga jam itu, radio perhubungan kami rosak dan bot kami kehabisan minyak. Bot kami hanyut sehingga ke laut terbuka di kawasan yang jarang dilalui oleh bot nelayan asing mahupun kapal dagang," katanya.
Namun petang semalam bot mereka dikesan sebuah kapal dagang.
Laskar Kanan, Zulhusni Sherhutdin pula berkata selepas bot mereka kehabisan minyak, mereka mendayung menggunakan tangan.
"Pada malam pertama hanyut, kami melihat daratan yang kami percaya Pulau Aur. Tetapi pada esoknya, kami dapati pulau tersebut telah hilang dan kami berada di tengah lautan dengan keadaan sekeliling yang kelihatan bukan sebagai daratan. Apa yang saya mampu lakukan ketika itu hanya berdoa semoga kami semua ditemui selamat," katanya.
Sementara itu bapanya Sherhutdin Omar berkata tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan syukur dan gembira sebaik menerima panggilan memaklumkan anak ketiga daripada empat beradik itu ditemui selamat petang semalam.
"Sejak terima perkhabaran tentang kehilangan saya pada malam Ahad. Kami sekeluarga tidak lena tidur dan resah sepanjang masa. Malah kami sekeluarga serta saudara mara turut membuat solat hajat.
"Kami bergegas dari Arau (Perlis) awal pagi ini sebaik dikhabarkan beliau akan tiba di Pangkalan TLDM pagi ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2017
Air mineral, semangat diri dan ingatan kepada orang tersayang menjadi penguat semangat kepada sembilan anak kapal KD Perdana semasa hanyut selama 51 jam di laut Sabtu lalu. - Foto BERNAMA
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Bekalan air terputus: Penduduk P. Pinang buat pembelian panik air mineral
Orang ramai di Pulau Pinang membuat pembelian panik apabila mula membeli air mineral dalam kuantiti yang banyak susulan ketiadaan bekalan air di kawasan kediaman mereka hari ini.
Lebih 30 tahun, air mineral Spritzer kekal relevan
Keunggulan air mineral jenama Spritzer sememangnya diiktiraf sehingga di peringkat antarabangsa.
Pemilik syarikat air didenda kerana jual air paip diambil dari tandas
SFA menegaskan, pembotolan air secara haram di kemudahan tidak berlesen menimbulkan risiko keselamatan makanan.
Aliran trafik di Lebuhraya KL-Seremban sesak susulan kemalangan lori dan empat kenderaan
Kemalangan kira-kira 6.00 pagi itu dipercayai berlaku apabila lori yang membawa muatan air mineral dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh empat kenderaan.
Sebak apabila keluarga Rohingya hadiahkan doktor Malaysia dengan sebotol air mineral
Menerima sebotol air mineral 500ml sebagai tanda terima kasih daripada seorang bapa dan menyambut kelahiran sepasang bayi kembar lelaki merupakan antara pengalaman menyentuh hati.
Anak kapal bergantung kepada air mineral semasa hanyut
Air mineral, semangat diri dan ingatan kepada orang tersayang menjadi penguat semangat kepada sembilan anak kapal KD Perdana semasa hanyut selama 51 jam di laut Sabtu lalu.
Hamzah bidas Guan Eng soal beban kewangan berkaitan harga minyak masak
Mengikut perkiraan, jika setiap pengguna menggunakan minyak masak sekilogram yang bersubsidi, maka purata perbelanjaan tidak sampai RM10 untuk lima orang setiap bulan.
Kementerian Kesihatan cadang air mineral dikecualikan GST - Dr Hilmi
Langkah untuk mengecualikannya bertujuan mengalakkan orang ramai supaya berhenti daripada meminum minuman bergula.