Faktor calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau dilihat mendominasi pilihan pengundi, kata Prof. Madya Dr. Mohd Fuad Mat Jali, Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemasyarakatan & Kemanusiaan, Fskk, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan antara calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat.
Kata Mohd Fuad lagi, calon PAS mungkin mempunyai kelebihan dari segi penglibatannya dengan penduduk.
“Penduduk akan membuat perbandingan antara calon PAS yang sememangnya telah dikenali dan merupakan penduduk tetap di situ dan calon BN yang merupakan anak jati Sungai Limau” jelas Mohd Fuad.
Mohd Fuad turut berkata rakyat juga akan mengambilkira nilai-nilai murni serta mesej-mesej keagamaan yang dibawa oleh calon.
“Komuniti Sungai Limau yang terdiri daripada para petani dan peladang adalah mereka yang dekat dengan alam dan dekat dengan agama.
“Maka nilai-nilai ini akan dititikberatkan rakyat dalam memilih calon yang layak” ujarnya.
Mohd Fuad yang telah beberapa hari menjalankan kajian politik di Sungai Limau turut berasakan keadaan tenang dan damai di sana bagai tiada pilihanraya yang berlaku mungkin menunjukkan penduduk sudah menetapkan pilihan parti.
“Jika dillihat di sini penduduk akan keluar mengundi di sebelah pagi dan meneruskan aktiviti nelayan dan bertani seperti biasa pada waktu petang.
“Mungkin rakyat sudah menetapkan keputusan mahu meneruskan kesinambungan kepimpinan PAS selama lima penggal”
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Analisis AWANI yang menumpukan kepada pemilihan di Sungai Limau.
Azyyati Ahmad
Mon Nov 04 2013
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Analisis AWANI: Faktor calon dominasi undian di PRK Sungai Limau
Faktor calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau dilihat mendominasi pilihan pengundi, kata Prof. Madya Dr. Mohd Fuad Mat Jali.
Calon BN dakwa kereta yang dinaikinya ditendang penyokong Pakatan Rakyat
Ahmad Sohaimi bagaimanapun menganggap ia hanyalah sebahagian warna-warni politik dan tidak bercadang membuat laporan polis.
Visi bakal wakil rakyat DUN Sungai Limau
Dengan beberapa aliran sekolah di Sungai Limau, bakal wakil rakyat Sungai Limau ingin memajukan sistem pendidikan Islam dan seimbang dengan pendidikan akademik atau kemahiran.