Sebuah beg yang mencurigakan di persimpangan Jalan Terasek 8 dekat Bangsar di sini didapati tidak mengandungi sebarang bahan letupan.

Menerusi pemeriksaan pihak polis, beg tersebut hanya mengandungi pakaian.

Terdahulu, polis menerima panggilan daripada salah seorang penduduk di sekitar kawasan kejadian yang mencurigai kewujudan beg tersebut.

Polis turut menutup kawasan sekitar bagi meneliti kandungan beg tersebut susulan laporan yang dibuat.

Pihak media difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan terkini berhubung kejadian tersebut dalam masa terdekat.