Dengan teknologi dalam talian yang sedia ada ini memang tidak dinafikan dapat membantu proses pengumpulan maklumat dengan lebih pantas.

Informasi, maklumat, berita semuanya berada di hujung jari tidak kira di mana kita berada.

Namun begitu ‘dunia tanpa sempadan’ ini turut menjadi ancaman kepada perlindungan kanak-kanak terutama yang terdedah kepada pornografi, buli siber, dan pencurian identiti.

Dalam satu Laporan Kaji Selidik Kebangsaan CyberSAFE di Sekolah 2014 menyatakan kira-kira 40% daripada kanak-kanak tidak tahu cara untuk melindungi diri mereka di internet.

83% daripada kanak-kanak tidak menggunakan pelbagai cara untuk melindungi diri mereka di internet, di mana 30% daripada mereka langsung tidak mengambil sebarang langkah atau hanya mengambil satu tindakan untuk keselamatan mereka atas talian.

Laporan kajian ini adalah untuk meneliti beberapa dimensi kelakuan berkaitan internet; keselamatan atas talian; pembulian siber, rangkaian sokongan dan kebimbangan peribadi

Ikuti kupasan mendalam Shafizan Johari bersama dua panel iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Pakar Pelindung Kanak-Kanak UNICEF Malaysia Phenny Kakama mengenai Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian dalam Agenda AWANI.