Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata beliau akan melangsaikan semua bayaran tunggakan kepada bank bagi mengenepikan notis kebankrapan yang diterimanya kelmarin.
Beliau berkata, tunggakan itu tidak disedarinya yang merupakan kes lama, berlaku sebelum tahun 2007 membabitkan syarikat keluarganya.
"Saya hanya mendapat maklum (perkara ini) malam semalam dan ia melibatkan kegagalan syarikat keluarga saya membuat pembayaran pinjaman bank. Malah saya tidak berada dalam perniagaan itu lagi.
"Namun, oleh kerana melibatkan saya, saya akan selesaikan dalam tempoh terdekat. Saya telah ambil langkah hubungi bank," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas penyiaran dalam akhbar notis kebankrapan terhadapnya yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan kemudiannya disebarkan secara meluas dalam portal berita serta media sosial.
Notis kebankrapannya itu diiklankan dalam beberapa akhbar tempatan oleh peguam pemiutang, Alliance Investment Bank Berhad, kelmarin. Abdul Aziz berkata, buat masa ini, beliau masih menjalankan tugas sebagai Anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu seperti biasa.
"Justeru, saya meminta orang ramai dan pengundi agar tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa saya telah hilang status sebagai Ahli Parlimen," katanya.
Bernama
Thu Jun 12 2014
Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
Utusan 'baharu' perlu neutral, bebas campur tangan kerajaan, parti politik - Penganalisis
Penganalisis Politik & Media Sosial UiTM Shah Alam, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy menegaskan pentingnya Utusan bebas daripada mana-mana parti politik sekiranya inginkan kebebasan media.
Utusan tutup operasi hari ini
Dilaporkan semua langkah yang diambil untuk menyelamatkan penerbitan akhbar tertua di Malaysia itu menemui jalan buntu.
Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu belum muflis
Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata beliau akan melangsaikan semua bayaran tunggakan kepada bank bagi mengenepikan notis kebankrapan.