Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) cedera dipukul sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak di Sri Rampai, ibu negara pada Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Ahmad Osman dalam satu kenyataan media pada Sabtu berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi Jumaat.
Mangsa berpangkat Konstabel dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ketika kejadian sedang melakukan tugasan Ops Rentap Khas ke stesen minyak berkenaan selepas motosikalnya hampir kehabisan minyak.
Bagaimanapun, ketika mangsa berhenti di salah sebuah pam di stesen terbabit, tanpa disedari terdapat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berada di belakang sedang menunggu giliran.
Susulan itu, berlaku perselisihan faham di antara mangsa dan pemandu MPV terbabit sebelum lelaki berkenaan bertindak menumbuk muka mangsa.
Suspek turut dibantu beberapa lagi rakannya terus cuba menyerang mangsa tetapi berjaya dileraikan orang awam di tempat kejadian.
Mangsa mengalami kecederaan dikening kiri sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan menerima lima jahitan.
Susulan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju dibantu Bahagian Risikan Jenayah (D4) IPK Kuala Lumpur telah menahan 10 lelaki berusia antara 22 hingga 44 tahun di sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk membantu siasatan.
Kesemua suspek direman dua hari sehingga hari ini untuk disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian diminta menyalurkannya kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 999 atau mana balai polis berhampiran.
Fareez Azman
Sat Aug 15 2020
Suspek turut dibantu beberapa lagi rakannya terus cuba menyerang mangsa tetapi berjaya dileraikan orang awam di tempat kejadian. - Gambar fail
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Polis terlibat kemalangan sebabkan kematian remaja ditahan
Anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 9 pagi di IPD Alor Gajah.
Dua polis dipercayai peras ugut lelaki di BSI ditahan
Dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) membabitkan nilai RM2,000 ditahan.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Anggota polis korban insiden bot karam Kapit dikebumikan di Sibu
Jenazah Allahyarham Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang lewat petang tadi.
Dua anggota polis disyaki berkhalwat ditukar serta-merta
Dua anggota polis yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Tanjung Tokong, semalam telah ditukarkan serta-merta.
Lans koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengaku tidak bersalah terhadap 24 pertuduhan rasuah bernilai RM9,600.
Lans koperal tak mengaku minta rasuah RM10,000
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
Empat lelaki ditahan disyaki curi kabel
Polis menahan empat lelaki semalam disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel di kawasan Taman Ipoh Jaya, pada 19 Feb lepas.
Program Madani Rakyat: Polis IPD Kuala Selangor digerakkan jaga keselamatan
IPD Kuala Selangor akan menggerakkan keseluruhan anggota bagi memastikan kelancaran dan keselamatan awam sempena Program Madani Rakyat.
PDRM semak semula modul pengambilan anggota baharu, elak salah laku
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyemak semula modul pengambilan anggota dan pegawai baharu susulan beberapa kes salah laku melibatkan warganya baru-baru ini.