Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama bagi perairan Phuket, Reef North, Reef South, Layang-Layang, Palawan, Labuan dan
Sulu.

Menurut kenyataan jabatan itu, angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di keempat-empat kawasan perairan itu dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Keadaan laut itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain itu, JMM turut mengeluarkan amaran ribut petir di kawasan perairan Sabah iaitu di pantai barat dan pendalaman, serta Labuan yang dijangka berterusan sehingga esok.