Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS) bagi membincangkan mengenai perkembangan kerjasama dua hala antara Malaysia dan AS.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Anifah bertemu dengan Timbalan Setiausaha Amerika Syarikat, John. J. Sullivan bagi bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa.

Lawatan itu juga merupakan lanjutan daripada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara Uncle Sam itu pada tahun lalu.

Selain itu, lawatan tersebut turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dalam mengukuhkan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.