Membeli kereta baharu antara alasan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah tamat pengajian memohon rayuan penangguhan bayaran balik pinjaman mereka.
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata alasan itu tidak munasabah kerana sekiranya peminjam itu mampu membayar ansuran bulanan kereta makanya mereka juga mampu untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN misalnya ada serendah RM90 sebulan.
"Rayuan ini banyak tapi kadang-kadang saya tengok, yerlah kalau rayuan itu (seperti) tak mampu bayar lagi sebab tak kerja, ibu bapa sakit, itu kita boleh fikirlah. Tetapi kalau sekiranya mohon rayuan penangguhan sebab nak beli kereta untuk kerja, agak tak adillah sekiranya mohon penangguhan daripada PTPTN.
"...kalau boleh buat macam itu, sepatutnya bolehlah bayar PTPTN. Kadang-kadang (peminjam yang) minta penangguhan bayar (PTPTN) RM90 sebulan, kereta itu bayar RM600 boleh," katanya pada sidang media selepas majlis santai bersamanya di Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.
BACA: Infografik: Insentif bayaran balik hutang PTPTN
BACA: Penangguhan bayaran balik PTPTN sukar dilaksanakan - Guan Eng
Wan Saiful berkata situasi itu menunjukkan satu budaya masyarakat yang mementingkan diri sendiri apabila sikap mereka yang lebih mengutamakan kereta baharu daripada membayar balik hutang PTPTN yang telah pun digunakan mereka.
"Ini isu sikap. Prioritinya di mana...realitinya dia (peminjam) dah ambil (pinjaman PTPTN), dan guna belanja duit PTPTN itu, dapat dah faedah, sepatutnya kena lunas balik pinjaman supaya orang lain boleh dapat pinjaman itu," katanya.
Sebubungan itu, beliau berharap peminjam perlu lebih bertanggungjawab menunaikan tanggungjawab membuat bayaran balik pinjaman PTPTN mereka supaya pelajar baharu lain boleh mendapat manfaat sama nanti.
Dalam pada itu, Wan Saiful berkata peminjam PTPTN yang bekerja dengan gaji RM1,000 ke atas dan menghadapi masalah kewangan untuk membuat pembayaran balik secara potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus boleh mengemukakan rayuan kepada perbadanan tabung pendidikan itu.
"Sudah tentu mereka masih boleh membuat rayuan...kita akan tengok kepada rayuan-rayuan yang alasan munasabah," katanya.
Beliau berkata dijangkakan pelaksanaan pemotongan gaji secara berjadual untuk bayaran balik pinjaman PTPTN itu dapat dilakukan pada suku pertama tahun depan.
"Dalam tempoh dua bulan ini pihak kita akan menjalankan penerangan di seluruh negara melibatkan pihak berkepentingan sama ada penduduk setempat, pihak universiti, NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan juga media mengenai pelaksanaan pemotongan gaji secara berjadual ini," katanya.
Dalam pembentangan Bajet 2019 Jumaat lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan kerajaan memperkenalkan kaedah pembayaran balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji berjadual dengan ia hanya diguna pakai untuk peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 04 2018
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan melihat ungkapan masa pada majlis Santai Bersama di Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia hari ini. Foto Bernama
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi
Saksi utama pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng memberitahu beliau tidak mendedahkan nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa memberi keterangan kepada SPRM.
Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi
Seorang saksi mengaku di mahkamah bahawa nama Lim Guan Eng hanya ditimbulkan selepas lebih setahun kes rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan di Shah Alam, disiasat.
Ahli Parlimen cadang kerajaan teliti impak cukai kepada rakyat
Kerajaan dicadang meneliti pelaksanaan cukai di dalam negara termasuk peningkatan kadar baharu cukai perkhidmatan yang berkemungkinan memberi kesan secara langsung kepada rakyat.
Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng
Menurut saksi, beliau tidak pernah menyatakan wang RM2 juta bertujuan diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Saksi tidak sebut nama Guan Eng dalam siasatan kes rasuah terowong dasar laut pada 2018
Seorang saksi utama pendakwaan mengakui bahawa beliau tidak pernah memberitahu SPRM pada 2018 bahawa rasuah RM2 juta ditujukan untuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
RM247 juta kos penuh projek Gurney Bay - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyangkal dakwaan bahawa Fasa 1 Gurney Bay melibatkan kos sebanyak RM247 juta.
Rasuah terowong dasar laut: Pernyataan saksi diserah kepada Guan Eng
Mahkamah Sesyen membenarkan sebahagian dokumen pernyataan saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut diserahkan kepada pembelaan Guan Eng.
Guna air simpanan untuk minum dan masak, air tangki tidak sesuai - Guan Eng
Orang ramai perlu mengambil maklum mengenai air yang disediakan di tangki simpanan tetap tidak sesuai untuk tujuan minuman dan memasak.
Guan Eng cadang peruntukan semua ADUN k'jaan dinaik kepada RM800,000 setahun
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Lim Guan Eng memohon kepada kerajaan supaya peruntukan RM500,000 setahun untuk kesemua ADUN kerajaan ditambah kepada RM800,000, sama seperti di Selangor.
PDC tidak beri tanah kepada swasta untuk dibangunkan - Chow
Bank tanah perindustrian PDC terletak di lokasi strategik dan dapat dipasarkan kepada pelabur kategori industri digalakkan.