Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 1 pagi tadi, selepas didapati mengalami reaksi negatif terhadap suntikan steroid di kawasan sekitar bahu kanan beliau.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam kenyataannya hari ini berkata, suntikan steroid itu telah diberi Sabtu lalu, setelah Anwar mengalami kesakitan berpanjangan pada bahu kanan selepas pembedahan beberapa bulan lalu.

Menurutnya, kadar denyutan jantung Anwar rendah dan membimbangkan, namun keadaannya dilaporkan stabil.

"Maklumat tahap kesihatan Anwar akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Kami memohon kepada semua untuk mendoakan keselamatan dan kesihatan buat Anwar," katanya.