Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menyemai politik kebencian di kalangan rakyat semata-mata untuk menjayakan cita-citanya menjadi perdana menteri.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi yang melahirkan kebimbangan terhadap perkara itu berkata, ia menyebabkan rakyat terutamanya golongan muda terperangkap dalam permainan pemimpin PKR itu sehingga ramai yang menolak kerajaan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.
"Saya agak bimbang dengan keadaan politik pada masa kini dengan DAP membawa politik perkauman manakala Anwar membawa politik 'pecah dan perintah' menyebabkan rakyat terperangkap dengan taktiknya.
"Malah beliau juga menggunakan taktik tersebut terhadap PAS tanpa memikirkan kesan politiknya itu boleh menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat pelbagai kaum selain umat Islam di negara ini," dakwanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat projek penurapan jalan sejauh 270 meter di Kampung Parit Kangkung di sini yang telah beliau janjikan kepada penduduk kampung itu sehari sebelum pilihan raya umum.
Keadaan itu juga menurutnya menyebabkan rakyat tidak lagi melihat kepada pembangunan yang selama ini gigih dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN)sebaliknya lebih terpengaruh dengan sentimen perkauman yang tidak rasional yang akhirnya hanya merugikan masa depan negara.
Beliau turut menyelar Anwar yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13 dengan menuduh berlaku penipuan sedangkan Pakatan Rakyat masih kekal berkuasa di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.
"Dia hendak buat road show seperti yang dilakukan malam tadi di (Stadium) Kelana Jaya (Selangor), kali ini dengan menggunakan slogan 'tipu'. Dah menang di negeri berkenaan masih lagi kata tipu, jadi apakah keputusan pilihan raya di Batu Pahat ini juga tipu?
"Saya sendiri boleh menerima keputusan pilihan raya kali ini (kalah di Parlimen Batu Pahat) dengan hati terbuka walaupun sedikit dukacita apabila ada pihak-pihak yang menghambur saya dengan kata-kata kesat, malah anak saya darjah empat yang bersekolah di Putrajaya juga balik mengadu apabila cikgu sekolahnya bertanya bila hendak tukar sekolah ke Batu Pahat, bapa awak sudah kalah," katanya.
Namun, menurutnya semua perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat di Batu Pahat sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian.
Dalam pilihan raya umum lepas, Mohd Puad yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran kalah kepada calon PKR Mohd Idris Jusi dengan majoriti 1,732 undi.
Bernama
Thu May 09 2013
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
NCER disasar catat RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030 - Anwar
Kerajaan menyasarkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) mencatatkan RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030.
Pembaharuan fiskal diperlukan agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan kukuh - Anwar
Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan yang mampan dan utuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar ucap takziah kepada keluarga 'Aunty Bersih'
Katanya, mendiang akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.
Perdana Menteri dijangka hadir Majlis Iftar MADANI anjuran JAKIM esok
Majlis bermula pukul 5.30 petang, akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.
Ruang berfikir, berkarya di negara ini perlu kebebasan lebih luas - PM Anwar
Ia kerana Malaysia merupakan sebuah negara merdeka dan bukannya dijajah sehingga ada sekatan atau rasa terkongkong untuk mana-mana pihak menghasilkan karya mereka.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
Keselamatan siber: Malaysia perlu 25,000 profesional menjelang 2025 - PM Anwar
Malaysia kini kekurangan 12,000 profesional sekuriti siber, dan negara memerlukan lebih 25,000 pekerja bidang tersebut menjelang 2025.
Parlimen: Kerajaan beri tumpuan latihan STEM, tingkat pelaburan negara - PM Anwar
Anwar berkata kelemahan negara ketika ini adalah latihan dalam pendidikan matematik, sains, kejuruteraan, AI dan TVET di peringkat tertinggi.