Solat jenazah ke atas Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Jumaat di Masjid Pulau Melaka sebelum majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, di sini hari ini.
Urusetia Pengurusan Ziarah dan Solat Jenazah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi Jumaat memaklumkan kenderaan shuttle disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV untuk orang ramai yang ingin menziarahi jenazah. Kenderaan itu disediakan mulai pukul 7.30 pagi yang akan membawa orang ramai ke kediaman Allahyarham di Pulau Melaka.
Tetamu-tetamu dari kalangan pimpinan parti-parti politik dan lain-lain yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa boleh ke Pulau Melaka dengan menggunakan kenderaan yang akan disediakan.
Urusetia itu juga memaklumkan jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal (Jalan Sultan Omar).
Nik Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pukul 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari hospital.
Astro Awani
Thu Feb 12 2015
Keadaan di rumah Allahyarham di Pulau Melaka, Kota Baharu malam tadi. - facebook/Nik Abdul Aziz Nik Mat
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Apa yang kita tahu tentang pengebumian Nik Aziz
Solat jenazah ke atas Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan diadakan pada pukul 10 pagi Jumaat di Masjid Pulau Melaka.