Perjalanan dari rumah di Cheras ke ibu pejabat Astro AWANI di Bukit Kewangan, ada masanya cepat, ada masanya lambat, dengan purata tempoh masa antara 20 minit jika trafik lancar, hinggalah ke satu jam lebih sekiranya di waktu puncak.
Namun, lelah dan sesak itu adakalanya terubat tatkala melihat rimbunan pohon menghijau di sepanjang perjalanan, walaupun adakalanya nampak begitu kontras dengan deretan bangunan pencakar langit yang rata-ratanya berwarna putih atau hitam, atau kelabu.
Setiap kali menghampiri pejabat, mata ini pasti tak akan lekang, atau secara automatiknya ‘terpukau’, memerhati satu kawasan tumpuan pelancong dan penduduk ibu kota, yang diseliputi kehijauan, yang melingkari sekeliling kawasan, ataupun lebih dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Nanas.
Barangkali pohon dan dedaun yang terkurung di kawasan sebesar 27 ekar itu sahajalah yang berperanan sebagai sumber oksigen utama bagi memastikan ada juga udara segar untuk mereka yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, selain partikel-partikel yang menyakitkan seperti debu dan asap kenderaan serta jalanan.
Itu juga kemungkinan kenapa Bukit Nanas ditakhtakan sebagai ‘paru-paru hijau’ Kuala Lumpur.
Kini negara bakal menyaksikan satu kajian, satu pilihan raya yang memberikan kuasa kepada rakyat, untuk memilih siapa wakil mereka di peringkat legislatif, dan siapa pemerintah mereka di peringkat eksekutif.
Maka gahlah parti-parti yang bertanding cuba memikat hati pengundi, menjanjikan perkara-perkara yang bakal dijalani seandainya dapat mandat yang diidami.
Tapi tatkala menyemak helaian demi helaian manifesto yang pengejar kuasa, baik Barisan Nasional, baik Pakatan Harapan (nota: pertubuhan tidak sah), dan Gagasan Sejahtera pimpinan PAS, tercari-cari di mana agaknya janji dan komitmen mereka untuk mengekalkan kehijauan di negara ini.
Rata-rata politikus menjanjikan perkara yang sama - usaha meringankan kos sara hidup yang kian meninggi, peluang pekerjaan untuk mencerahkan ekonomi dan menebalkan poket sendiri, urus tadbir, kurangkan rasuah macam-macam lagi.
Tetapi, apa yang ada untuk alam sekitar? Hanya intervensi kementerian bertanggungjawab apabila satu perkara buruk terjadi?
Mungkin ada termaktub sedikit sebanyak mengenai alam sekitar dalam manifesto mereka di peringkat negeri, atau daerah, tetapi mengapa tidak dijanjikan di peringkat nasional?
Tatkala melihat kedudukan negara di Indeks Alam Sekitar 2018 yang dikeluarkan oleh Yale Center for Environmental Law & Policy, daripada 178 negara di seluruh dunia, kita berada di tangga 75, dan di kedudukan negara-negara Asia pula, kita berada di tangga ke-tujuh.
Skor yang diberikan pula, 59.22 daripada 100 mata keseluruhan, apakah itu satu perkara yang buruk atau membanggakan, kita juga bingung.
Sayang seribu kali sayang ... Ini adalah kerana Malaysia tercatat sebagai negara yang diliputi 59.9 peratus kawasan hutan dan ada pokok-pokok yang telah mencecah usia 130 juta tahun.
Namun, fakta yang dikeluarkan Bank Negara mengatakan pokok-pokok di negara ini ditebang pada kadar empat kali melebihi tahap kadar mampan yang dipersetujui organisasi global seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Dalam rakus menebang balak yang bernilai tinggi ini, adakalanya mereka terlupa, atau sengaja melupakan, ia juga merupakan kawasan tempat tinggal orang-orang Asli, serta flora dan fauna yang unik.
Kalau mengikut dapatan hasil kajian Panel Penyelidik Universiti Malaya yang diketuai Prof Madya Awang Azman Awang Pawi, rakyat memutuskan, isu-isu yang bakal mempengaruhi undi mereka berlingkar di antara kos sara hidup, harga rumah, jenayah, pekerja asing, pendidikan, peluang pekerjaan, integriti dan rasuah, serta hak istimewa orang Melayu dan agama Islam.
Kajian ini bukan sebarangan, kajian ini bukan suka-suka, tapi dijalankan di 12 kawasan parlimen yang dapat mencerminkan sentimen keseluruhan negara.
Tapi hairan juga, alam sekitar seolah-olah tidak lagi menjadi sesuatu yang dititikberatkan kali ini.
Kerana jangan sesekali kita lupa, pada beberapa siri pilihan raya yang lepas, isu alam sekitar juga mempunyai signifikasinya sendiri.
Isu bauksit dan Lynas di Pahang, isu pembalakan yang berleluasa di Perak dan Kelantan, isu tanah runtuh di Pulau Pinang, sebenarnya mengerikan.
Sebab itu, di kalangan 14.9 juta pengundi berdaftar yang bakal menjalankan tanggungjawab mereka pada 9 April ini, pasti ada juga yang melihat pentingnya alam sekitar terus dijaga, dipelihara, dan dipulihara, kalau bukan untuk generasi kini, untuk generasi akan datang.
Dan kita harapkan, politikus yang bernaung di bawah panji Barisan Nasional, Pakatan Harapan (nota: pertubuhan tidak berdaftar), dan Gagasan Sejahtera pimpinan Pas turut meletakkan alam sekitar sebagai agenda mereka.
Firdaus Azil
Wed Apr 18 2018
Alam sekitar seolah-olah tidak lagi menjadi sesuatu yang dititikberatkan kali ini. - Gambar fail
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.