Demi memberi kepuasan kepada pengguna yang dahagakan informasi yang lebih padat, pantas dan pelbagai, aplikasi Astro AWANI kini berwajah baharu.

Dengan kemampuan tahap kebolehbacaan lebih tinggi dan durasi muat turun lebih laju berbanding sebelum ini, aplikasi ini memperkenalkan kategori baharu dengan pilihan Berita Utama dan Berita Terkini dari dalam dan luar negara.

Selain itu, kategori-kategori yang dikekalkan ialah berita Dunia, Bisnes, Sukan, Hiburan, Teknologi dan Gaya Hidup, yang dipersembahkan dalam dwibahasa - Bahasa Melayu dan Inggeris.

Paparan baharu aplikasi ini dilatari warna putih dan jenis tulisan yang lebih jelas untuk memudahkan tatapan dan memberi pengalaman mesra pengguna.

Sementara itu, antara ciri utama yang boleh diubah suai pengguna termasuklah penerimaan bunyi dan getar notifikasi dan susun atur persembahan berita sama ada dalam bentuk Grid View atau List View.

Transformasi aplikasi baharu ini boleh dimiliki dengan memuat turun di Google Play Store dan App Store.