Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan 27 nelayan Vietnam dan dua bot ketika sedang menangkap ikan di perairan Terengganu.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kedua-dua bot itu ditahan oleh KM (Kapal Maritim) Langkawi yang sedang melakukan rondaan Op Khas Naga Barat pada jarak 100 dan 101 batu nautika dari Kuala Terengganu kira-kira pukul 10.27 malam Sabtu.
"Selain nombor pendaftaran dipadam, pemeriksaan ke atas kedua-dua bot mendapati 27 kru termasuk tekong warga Vietnam, berusia 18 hingga 50 tahun didapati tidak memiliki sebarang dokumen yang sah.
Turut dirampas hasil tangkapan laut, diesel, bot dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai hampir RM2 juta dan bot tersebut dibawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia serta Akta Imigresen 1959/63 ekoran tekong dan kru tidak memiliki sebarang dokumen yang sah.
Katanya, APMM tidak akan berkompromi dengan nelayan asing yang menceroboh perairan negara dan mengaut hasil laut tanpa kebenaran.
"Rondaan dan pemantauan akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 28 2020
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan 27 nelayan Vietnam dan dua bot ketika sedang menangkap ikan di perairan Terengganu. - Bernama
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Pembelian empat helikopter AW189 APMM lancar, kelengkapan pesawat dimuktamad
Sesi ini membabitkan tinjauan pihak pengurusan kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke fasiliti pembuatan pesawat tersebut di Leonardo Helicopters Division, Vergiante Plant, Milan, Itali.
Pendaratan cemas elak keadaan lebih mudarat - Pakar penerbangan
Lazimnya ia berlaku apabila kemungkinan situasi itu tidak dapat diatasi dalam masa terdekat dan perlu dilakukan.
Insiden Pulau Angsa: Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut - Saksi
Saksi terkejut apabila melihat sebuah helikopter terbang rendah dan berpusing-pusing sebelum jatuh ke laut.
Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini
Sehingga itu, polis melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.
Insiden helikopter terhempas di Pulau Angsa: Empat termasuk juruterbang selamat - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter yang dikendali oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor.
Helikopter APMM lakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat.
Kapal APMM OPV1 dinamakan KM Tun Fatimah
Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dinamakan sebagai Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah.
Operasi kesan lelaki dikhuatiri lemas diperluas - APMM Terengganu
Operasi semalam yang membabitkan kawasan seluas 50.4 batu nautika, ditamatkan pada 7 petang kerana keadaan gelap dan ombak bergelora.
Maritim Malaysia rekod nilai rampasan RM101.9 juta tahun lepas
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan RM101.9 juta nilai rampasan dan 1,200 tangkapan atas pelbagai kesalahan tahun lepas.
APMM tahan 11 warga Thailand tangkap siput buluh di perairan Perlis
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 11 warga Thailand yang disyaki melakukan aktiviti menangkap siput buluh di kedudukan 1.2 batu nautika dari barat muara Sungai Baru, semalam.