Asap tebal daripada sebuah unit di tingkat 12 mengemparkan penghuni beberapa blok di rumah pangsa Sri Sarawak, Jalan San Peng di ibu negara petang tadi.

Api yang marak dengan cepat turut menjejaskan beberapa unit rumah di tingkat 13.

22 anggota bomba dan penyelamat dari Jalan Hang Tuah, Chow Kit dan Pudu dikerah ke tempat kejadian kira kira jam 2.30 petang.

“Pada mulanya saya ingatkan rumah saya yang terbakar, rupanya unit sebelah.

“Anggota bomba terpaksa pecahkan cermin bagi memadamkan api kerana tiada orang di rumah ketika itu,” kata saksi kejadian, Mary Roslint.

Api berjaya dipadam sejam selepas kejadian namun hasil pemadaman selama sejam itu mendapati seunit rumah tingkat 12 musnah sama sekali manakala 20 peratus kerosakan sebuah rumah di tingkat 13.

Forensik bomba masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian.