DALAM konteks sistem ekonomi kapitalis begitu jelas pengasingan ketara antara elemen perniagaan dan keimanan kepada Tuhan. Kejayaan sesuatu perniagaan hanya di ukur dari kekuatan dan keupayaan sesebuah organisasi perniagaan menjalankan bisnes tanpa mengambil kira nilai kemanusiaan dan ketuhanan asalkan matlamat untuk mendapat keuntungan tercapai dan memberi kekayaan kepada pendokong kapitalis.
Implikasi dari pertumbuhan sistem ekonomi kapitalis yang sangat kompetitif ini menjadikan pengagihan sumber kekayaaan tidak saksama di seluruh lapisan masyarakat. Lebih menyedihkan ruang tersebut turut diekploitasi sepenuhnya oleh oportunis yang mempunyai kekayaan untuk mempengaruhi kuasa ekonomi dan kuasa politik dek kerakusan membolot harta dunia yang akhirnya menganggu-gugat sosio-ekonomi negara.
Cendikiawan Islam tersohor Imam Malik Rahimahullah pernah mengungkapkan bahawa dalam menyelesaikan masalah umat hari ini, ianya hanya dapat ditangani melalui kaedah umat yang terdahulu. Justeru dalam menangani lambakan masalah sosial seperti gejala najis dadah, seks luar nikah dan pembuangan bayi yang berleluasa di Malaysia dan isu ekonomi ekuiti Melayu Muslim yang masih di bawah paras 30 peratus; lebih malang ditambah pula isu kecenderungan amalan berpolitik kepartian secara berlebihan yang tiada berkesudahan; perkara utama yang harus diselesaikan di kalangan kita sebagai insan adalah soal keimanan (keyakinan) dalam hati.
Dalam menyelesaikan soal hati perkara utama yang mesti dibuang adalah persepsi negatif dan sikap prejudis di antara satu sama lain. Yang perlu disemaikan dalam hati setiap insan adalah keinginan untuk membantu dalam membuat kebaikan dan pada masa yang sama membina nilai kasih sayang agar kerjasama dalam masyarat dapat membentuk satu kesatuan.
Kerjasama akan terbina bila ada rasa bersama, rasa bersama akan terbit bila jiwa dan hati bersama-sama bangkit. Untuk menghubungkan jiwa dan hati sesama manusia maka keimanan (keyakinan) dalam hati mesti diperteguhkan. Dengan teguhnya iman maka matlamat memburu kuantiti harta dan keuntungan perniagaan seperti kapitalis akan lenyap kerana ahli bisnes turut membina kualiti jiwa.
Dalam mencapai kecemerlangan organisasi perniagaan, 3 faktor yang selalu ditekankan iaitu ‘People, Process dan Purpose’. Namun begitu yang selalu menjadi kepentingan sistem kapitalis hanyalah untuk mencapai matlamat (purpose) meraih keuntungan. Keutamaan membina perniagaan yang unggul sebenarnya bermula dengan pelaburan dalam ‘People dan capacity building’. Yakinlah dengan membina tenaga kerja yang mempunyai ilmu kepakaran tinggi dan teguh berjiwa kemanusiaan dan ketuhanan, sesebuah organisasi perniagaan akan lebih berdaya maju mengeluarkan produk dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Manfaat yang diberikan itu akhirnya akan dapat dimanifestasi dalam bentuk keuntungan bisnes yang berpanjangan. Ini amat bertepatan dengan tujuan hidup di dunia setiap manusia sebagai hamba Allah yang berabdi dan sebagai khalifah Allah yang berbakti. Di dalam konteks seorang ahli bisnes yng berjiwa mukmin, menjadikan perniagaan sebagai jalan ibadah (hamba) dan dengan perniagaan itu memberi kebaikan sesama insan dengan bermuamalah. (khalifah)
Dengan teguhnya keimanan (keyakinan) dalam hati ahli bisnes maka budaya pergantungan perniagaan kepada tongkat subsidi kerajaan dan tunduk kepada kehebatan manusia lain dapat dihapuskan. Budaya pergantungan yang mendominasi diri orang Melayu Islam khususnya agar takut kepada manusia yang berpangkat, berkuasa, berharta dan bertakhta sangat menyimpang jauh dari konsep kehambaan yang hanya takut dan bergantung kepada Tuhan! Justeru dengan membina keteguhan iman akan memberi keberanian hati untuk berniaga kerana setiap perancangan dan keputusan bisnes yang dibuat akhirnya akan disandarkan kepada Tuhan tanpa kerisauan yang melampau.
Yang harus diangkat di kalangan ahli bisnes adalah budaya mencari ilmu. Perlu diterapkan dalam diri ahli bisnes bahawa pencarian ilmu perniagaan adalah satu proses berterusan yang akan memantapkan lagi organisasi perniagaan. Usahawan dan ahli bisnes tidak perlu segan silu mencari ilmu perniagaan untuk membina kekayaan kerana ianya sebenarnya membuka ruang menyempurnakan asas keimanan (keyakinan) bahawa sembilan dari sepuluh pintu rezeki ada dalam perdagangan. Apabila erti kejayaan organisasi perniagaan bukan lagi pencarian keuntungan semata-mata dan meletakkan keimanan (keyakinan) kepada tuhan sebagai matlamat; maka keuntungan bisnes hanya menjadi alat malah kehidupan ahli bisnes akan bertambah berkat.
* Mohsein Shariff adalah Naib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
* Penulisan ini adalah intipati pemahaman penulis tentang pembentangan ‘Siapakah Usahawan Mukmin?’ di Konvensyen Usahawan Mukmin 2015 anjuran DPIM Perlis
Mohsein Shariff
Fri Feb 01 2019
Implikasi dari pertumbuhan sistem ekonomi kapitalis yang sangat kompetitif ini menjadikan pengagihan sumber kekayaaan tidak saksama di seluruh lapisan masyarakat. - Gambar hiasan/ Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.
PM Anwar, delegasi negara lawat Siemens Energy di Jerman
Lawatan itu merupakan agenda kedua Perdana Menteri pada selepas Mesyuarat Pre-Council pada sebelah pagi.