ASEAN menaruh harapan tinggi terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila pertubuhan serantau itu mengadakan sidang kemuncak ke-33nya ketika berlaku perubahan terhadap geopolitik dan ekonomi.
"Beliau pemimpin paling senior dalam ASEAN. Terdapat harapan yang begitu tinggi agar beliau memainkan peranan dari segi kepimpinan dalam beberapa isu. Kami mendengar tentang perkara itu daripada beberapa rundingan tidak formal," kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau, bagaimanapun enggan menjawab apabila ditanya sama ada ia berkaitan bagaimana untuk menangani perbalahan antara China dan Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan.
"Ada beberapa bidang. Tapi, kami tidak boleh menyatakan lebih daripada itu," katanya kepada media Malaysia yang berada di bandar raya pulau ini menjelang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dari 11 hingga 15 Nov.
Ini adalah lawatan rasmi pertama Dr Mahathir ke Singapura sejak beliau menjadi perdana menteri bagi kali kedua selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas.
Sidang Kemuncak ASEAN kali ini pula merupakan yang pertama beliau hadiri selepas 15 tahun. Bulan lepas, Dr Mahathir menghadiri Perhimpunan Pemimpin ASEAN di Bali, Indonesia.
Saifuddin berkata Dr Mahathir juga dijangka menyentuh isu berkaitan perpaduan ASEAN, pertumbuhan ekonomi dan perdagangan.
Selepas menghadiri Perhimpunan Pemimpin ASEAN bulan lepas, perdana menteri menyuarakan kekesalan beliau kerana ASEAN tidak memanfaatkan sepenuhnya potensi dimilikinya sebagai suatu kuasa penting ekonomi walaupun pertubuhan itu mempunyai banyak sumber dan pasaran pengguna hampir 700 juta orang.
Beliau juga menyeru pertubuhan 10 anggota itu supaya membuang perasaan curiga bagi membolehkannya berpegang teguh dengan prinsip "makmurkan jiran anda".
Pada sidang kemuncak kali ini, pemimpin ASEAN dijangka menerima pakai Rangka Kerja Bandar Raya Pintar ASEAN dan menilai pencapaian ASEAN pada tahun ini dalam mengukuhkan daya tahan dan inovasi pertubuhan serantau itu.
"Pemimpin ASEAN bersama-sama rakan sejawatan mereka dari negara peserta Kerjasama Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dijangka membincangkan kemajuan dicapai dalam rundingan RCEP pada Sidang Kemuncak RCEP kedua," kata Pejabat Perdana Menteri Singapura dalam satu kenyataan di sini.
Para pemimpin ASEAN juga akan bertukar-tukar pendapat tentang isu serantau dan antarabangsa dengan rakan sejawatan mereka pada Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga ke-21; Sidang Kemuncak Asia Timur ke-21; Majlis Jamuan Tengahari dihoskan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong untuk pemimpin ASEAN dan Tetamu Pengerusi ASEAN; Sidang Kemuncak dengan China, Jepun, Republik Korea, Rusia dan Amerika Syarikat; dan Sidang Kemuncak Sarapan Tidak Rasmi dengan Australia dan India.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 12 2018
Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 berlangsung di Singapura dari 11 hingga 15 Nov, 2018. REUTERS
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Bakal jemaah haji tidak ragu-ragu memilih TH
Berdasarkan reputasi dan kewibawaan menguruskan jemaah haji untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak ragu-ragu memilih TH menguruskan mereka secara muassasah bagi musim haji 1445H/2024M.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Setiausaha Perbendaharaan AS Yellen tiba di China
Pesawat yang membawa Yellen mendarat di pusat industri selatan China, Guangzhou pada tengah hari Khamis.
Gempa bumi 7.4 magnitud landa pantai timur Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan
Jepun keluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.
Tentera Laut Amerika bangunkan senjata gelombang mikro tangkis dron
Sistem menangkis senjata semasa tidak direka untuk memusnahkan dron dan kosnya juga adalah lebih tinggi berbanding senjata yang menyerang.
AS, Israel dijangka bincang serangan ke atas Rafah Isnin ini
Seorang delegasi Israel pada asalnya dijadualkan tiba pada minggu ini untuk mendengar kebimbangan AS mengenai serangan itu dan akan diberikan pandangan alternatif.
YouTube uji penggunaan AI untuk elak anda bosan, lompat ke bahagian menarik
Ia akan mengambil kira corak tontonan seseorang dan seterusnya melalui integrasi AI membawanya ke bahagian yang dia akan suka tonton.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.