Datuk Asri Hamidin @ Hamidon dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkuat kuasa 1 Mei.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan, Asri menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang tamat kontrak perkhidmatannya.
Asri, 54, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Hiroshima Universiti, Jepun, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 26 tahun dengan jawatan pertamanya sebagai Penolong Pengarah, Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Jun 1994.
Mohd Zuki berkata Asri berpengalaman luas dalam bidang kewangan dan pelaburan strategik termasuk pernah menjawat pelbagai jawatan di Kementerian Kewangan.
Antara jawatan utama yang pernah disandangnya ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar); Setiausaha Bahagian, Bahagian Syarikat Pelaburan; dan Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pelaburan, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Penswastaan.
"Semoga dengan pelantikan ini, beliau dapat menerajui Kementerian Kewanganuntuk meneruskan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan dan ekonominegara yang cekap, telus dan berkesan," kata Mohd Zuki.
Pada masa yang sama, Mohd Zuki yang mewakili pihak kerajaan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahmad Badri atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam selama 31 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 30 2020
Asri berpengalaman luas dalam bidang kewangan dan pelaburan strategik termasuk pernah menjawat pelbagai jawatan di Kementerian Kewangan. - Foto BERNAMA
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 18 April 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sedikit hari ini, seiring penurunan kecil Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.10 peratus kepada 106.153 mata.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Pertukaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan perubahan biasa - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertukaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) merupakan perubahan biasa.
Asri dilantik Ketua Setiausaha Perbendaharaan baharu
Datuk Asri Hamidin @ Hamidon dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkuat kuasa 1 Mei.