Penyebaran berita palsu di internet mengenai satu debat, kononnya di antara Khairy Jamaluddin dari Barisan Nasional dan Rafizi Ramli dari PKR, menyebabkan kekeliruan dan kekecewaan di kalangan penonton Astro AWANI.
Berita palsu itu mula disebarkan di Facebook dan Twitter sejak 8 malam. Ia kemudiannya ditarik balik daripada sesetengah pemiliknya dua jam kemudian.
Debat yang diwar-warkan itu kononnya menyentuh isu pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan akan disiarkan 10 malam.
Walau bagaimanapun, program sebenar dijadualkan pada masa itu ialah Agenda Awani, satu
program perbincangan secara langsung di saluran Astro 501.
Program itu dihoskan oleh Kamarul Bahrin Haron yang mewawancara penganalisis politik Datuk Dr Denison Jayasooria sebagai tetamu yang berbincang mengenai topik realiti sosial pasca pilihan raya 13.
AstroAWANI.com, yang membawa saluran siaran langsung TV, juga menyaksikan peningkatan aktiviti yang mendadak.
Ramai penonton telah meluahkan keliru dan kecewa apabila program yang dipalsukan itu tidak berlaku.
Astro AWANI memberi penjelasan bahawa ia tidak bertanggungjawab atau kena mengena keatas penyiaran berita palsu itu. Kami menghargai minat yang ditunjukkan oleh penonton dan akan berusaha untuk menyiarkan program-program berkualiti yang memenuhi citarasa rakyat Malaysia.
Astro Awani
Mon May 13 2013
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
Dasar yang stabil, bersifat jangka masa panjang penting untuk jayakan usaha nyahkarbon - CEO Gentari
Dasar yang stabil dan bersifat jangka masa panjang tanpa sebarang perubahan asas yang ketara penting dalam usaha peralihan tenaga.
Tenaga hidrogen ialah masa depan peralihan tenaga - CEO Gentari
Tenaga hidrogen merupakan masa depan peralihan tenaga dalam usaha menyahkarbon bumi.
Pembangunan AI berdepan realiti kekurangan sumber bahan mentah - WEF
Kemajuan dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) berdepan dengan cabaran untuk mencipta model yang lebih berkuasa.
Malaysia ketinggalan adaptasi AI, tetapi masih ada potensi - Penganalisis
Malaysia ketinggalan dari segi memiliki pemikir berwibawa dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan adaptasi teknologi oleh pelbagai organisasi.
AI bukan milik eksklusif pakar IT, T20 - Penganalisis
Kecerdasan buatan (AI) bukan milik eksklusif golongan pakar teknologi maklumat dan golongan berpendapatan tinggi semata-mata.