Astro AWANI rangkul dua anugerah berprestij Asia

Astro AWANI rangkul dua anugerah berprestij Asia
Astro AWANI berjaya merangkul dua anugerah iaitu program berita terbaik melalui program Malaysia Memilih dan Penyampai Berita Terbaik, Kamarul Bahrin Haron. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Saluran berita 24 jam nombor satu Malaysia, Astro AWANI diumum sebagai pemenang bagi Malaysia dalam dua kategori anugerah Asian Academy Creative Awards (AAA).

Anugerah yang berjaya dimenangi adalah dalam kategori Program Berita Terbaik melalui rancangan Malaysia Memilih yang bersiaran pada 9 dan 10 Mei, serta anugerah Penyampai Berita Terbaik yang dimenangi Kamarul Bahrin Haron.

Kemenangan Astro AWANI dalam anugerah berprestij itu diumumkan MIPCOM di Cannes, Perancis pada Isnin.

Di peringkat kumpulan pula, Astro berjaya meraih kemenangan bagi 19 kategori lain daripada 49 kategori secara keseluruhannya.

Antara anugerah yang dimenangi Astro ialah Program Hiburan Terbaik oleh Astro Prima (Meja Bulat Sepahtu), program Komedi Terbaik oleh Astro Hua Hee Dai (Hua Hee Seko-lah S4), dan Pelakon Layar Terbaik oleh Astro Citra (Anwar Idris - Luar Biasa) Drama atau Telemovie Terbaik oleh Astro Citra (Luar Biasa).

Pemenang setiap kategori akan mewakili Malaysia menentang pencalonan daripada 15 negara lain pada majlis Anugerah Gala yang akan berlangsung di Singapura pada 6 dan 7 Disember ini bagi menjulang trofi emas AAA.

Asian Academy Creative Awards ditubuhkan bagi mengiktiraf pencapaian kreatif oleh industri media daripada pelbagai platform termasuk televisyen, digital dan penstriman dalam talian di seluruh dunia.

Berikut adalah senarai penuh bagi 21 kategori yang dimenangi kumpulan Astro:

Promo atau Trailer Terbaik
Vallavar 2017 oleh Astro Production

Lagu Tema Terbaik
Symphony of Love oleh Astro

Rancangan Kandungan Pendek Terbaik
May I Love You oleh MEASAT Broadcast Network Systems bagi Xuan

Program Gaya Hidup Terbaik
Hadith Open Mic (Musim 2) oleh Astro

Penyampai Berita Terbaik
Kamarul Bahrin Haron – Malaysia Memilih oleh Astro Awani

Laporan Berita Tunggal Terbaik
Penang Flood oleh MEASAT Broadcast Network Systems bagi 热点 Hotspot

Program Berita Terbaik
Malaysia Memilih (9 & 10 Mei) oleh Astro Awani

Drama atau Telemovie Terbaik
Luar Biasa oleh Astro Citra

Siri Dokumentari Terbaik
Pray For – The Black and White Deity 大二爷伯信仰 oleh Astro AEC

Program Dokumentari Terbaik (One-Off / Special)
The Black Hawk Down: Wira Keamanan oleh Astro Prima

Pelakon Layar Terbaik
Anwar Idris – Luar Biasa oleh Astro Citra

Editing Terbaik
Andhy Pulung – Do[s]a oleh Astro

Sinematografi Terbaik
Yadi Sugandi – Do[s]a oleh Astro

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Yoke Chen – Where Got Money? oleh Astro AEC

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Remy Ishak – Do[s]a oleh Astro

Program Hiburan Terbaik
Meja Bulat Sepahtu oleh Astro Prima

Hos Hiburan Terbaik
Nabil Ahmad – Gegar Vaganza oleh Astro Ria

Pelakon Komedi Terbaik
Estee Tan Hsiao-Ling – Hua Hee Seko-lah S4 oleh Astro Hua Hee Dai

Program Komedi Terbaik
Hua Hee Seko-lah S4 oleh Astro Hua Hee Dai

Program Muzik/Tarian Terbaik
Hua Hee Champion 2017 Grand Final oleh Astro Hua Hee Dai

Program Kuiz Terbaik
Smart Wheel oleh Astro Production

Hiburan Terbaik (One-Off / Tahunan)
CNY Countdown Show 2018 oleh Astro


Tag: Astro AWANI, Anugerah Kreatif Akedemi Asia, Malaysia Memilih, Astro, Astro Prima, Astro AEC, Kamarul Bahrin Haron, anugerah berprestij


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.