Kumpulan Astro meraih lima anugerah sempena The Spark Awards for Media Excellence 2016 yang berlangsung di Singapura pada Khamis.

Rangkaian Astro Radio menggondol tiga anugerah emas dan satu anugerah gangsa manakala Astro TV meraih satu anugerah perak.

Wakil-wakil Astro bersama anugerah yang diterima di The Spark Awards di Singapura. - Foto oleh Astro

Astro Radio membawa pulang anugerah emas bagi Kumpulan Kreatif Terbaik dan Penyelesaian Media Terbaik (Media Integrasi) menerusi kempen Flip Flip untuk Shiseido Malaysia.

Astro merangkul tiga emas, satu perak dan satu gangsa di anugerah The Spark Awards. - Foto oleh Astro

Bagi anugerah Penyelesaian Media Terbaik (Kategori Radio), Astro Radio menggondol emas untuk kempen The Merdeka Man bersama Petronas dan gangsa untuk kempen Mulakan Semula Karier Zahid Bersama Wonda untuk Wonda Coffee.

Sementara itu, Astro TV pula memenangi anugerah perak bagi kategori Promosi Program Terbaik menerusi siri digital mini 'The House' musim pertama.

Infografik oleh Astro AWANI

The Spark Awards anjuran Marketing Magazine diadakan bagi meraikan strategi, produk dan perkhidmatan media terbaik di rantau Asia Tenggara, selain platform terulung kepada pengusaha media dalam mempamerkan inovasi serta nilai pendiriannya terhadap pengiklan, agensi dan pelanggan.

Panel juri The Spark Awards dibarisi Ketua Pegawai Eksekutif Havas Media, Andreas M Vogiatzakis; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Starcom MediaVest Atipol Ithivatana; Ketua Strategi Zenith Singapore, Jason Tan; Ketua Pegawai Eksekutif GroupM Malaysia, Girish Menon dan Ketua Pegawai Eksekutif Carat Philippines, Gladys Basinillo.