Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) merekodkan kadar tontonan dan bertindak pantas serta proaktif menyediakan pelan tindakan menyokong situasi negara, pelanggan dan komuniti sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, Astro berusaha memastikan rakyat Malaysia kekal maklum dan terhibur dengan menawarkan akses komplimentari di saluran-saluran Astro, NJOI dan Astro GO.
"Pada masa sama, kami menyajikan kandungan pendidikan dan pembelajaran kepada pelajar. Sebagai salah satu perkhidmatan penting negara, Astro membantu dengan menyiarkan lebih dari 3,000 jam Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA), menyediakan berita-berita terkini dan mengekang penyebaran berita palsu merentasi kesemua platform TV, radio dan digital," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Dengan penutupan pawagam di seluruh negara sewaktu PKP, Astro juga membantu penerbit dan pemain industri perfileman dengan menawarkan platform tayangan filem-filem terbitan mereka secara terus dari rumah penonton, melalui Astro First.
Berdasarkan laporan kewangan bagi suku tahun pertama tahun kewangan berakhir 31 Januari 2021, pendapatan Astro mencatat pengurangan -15% dari tahun ke tahun kepada RM1.1 bilion.
Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) juga menyusut -26% dari tahun ke tahun kepada RM330 juta.
Keuntungan Selepas Cukai Dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) turut mencatat pengurangan sejumlah -58% dari tahun ke tahun kepada RM74 juta dan PATAMI Dinormalisasi* merosot -42% dari tahun ke tahun kepada RM107 juta.
Astro turut mengumumkan dividen interim pertama bernilai 1 sen sesaham, selain Hasil Purata Setiap Pelanggan (ARPU) yang terjana dari perkhidmatan TV berbayar (‘Pay TV’) kekal sederhana pada RM99.1.
Pendapatan Go Shop meningkat 14% dari tahun ke tahun kepada RM95 juta.
Jelas Henry, perniagaan syarikat terjejas berikutan perbelanjaan pengiklanan yang lebih rendah dan sekatan yang dikenakan untuk melakukan sebarang pemasangan dan penjualan tambahan.
"Memandangkan kebanyakan organisasi komersial tidak dibenarkan beroperasi, kami mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan kaedah langganan dan pembayaran yang lebih fleksibel.
"Jumlah pendapatan syarikat merosot sebanyak RM182 juta dari tahun ke tahun, disebabkan kadar penurunan dari aspek pengiklanan dan langganan, serta pelaksanaan pendekatan pengiktirafan hasil pendapatan yang lebih berhemat," katanya lagi.
Pihak Kumpulan juga mengambil langkah-langkah munasabah dengan memperuntukkan hutang ragu dan pada masa sama secara aktif berhubung dengan pelanggan yang terkesan bagi memastikan pembayaran boleh dibuat secara teratur.
"Walaupun perbelanjaan operasi dilihat lebih rendah rata-rata didorongi oleh penjimatan dari kos kandungan, pendapatan syarikat tetap terjejas disebabkan oleh kerana kerugian forex," ujarnya.
Dalam pada itu, Pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi, berkata sebagai penyedia perkhidmatan penting negara,
Astro terus beroperasi sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Dengan mengaktifkan Perancangan Kesinambungan Perniagaan, kami kekal fokus dalam menyediakan perkhidmatan tanpa gangguan kepada semua pelanggan. Namun begitu, pada masa yang sama, kami tetap memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja sentiasa terjaga," ujarnya.
Walaupun mengalami impak dan terkesan dari pandemik COVID-19, Astro berterusan menjana pendapatan tunai, berjaya mengawal kos kewangan secara berdisiplin dan sentiasa proaktif dari aspek pengurusan modal syarikat.
"Penyata imbangan syarikat kekal kukuh di sebalik suasana ekonomi yang tidak menentu pada ketika ini. Justeru, pihak Lembaga Pengarah dengan ini mengumumkan dividen interim pertama bernilai 1 sen sesaham,' kata beliau lagi.
Astro Awani
Thu Jun 18 2020
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) merekodkan kadar tontonan dan bertindak pantas serta proaktif menyediakan pelan tindakan menyokong situasi negara, pelanggan dan komuniti sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.