Astro AWANI menerusi laman web astroawani.com kini berada di kedudukan ke 15 dalam senarai laman web berita paling kerap dikunjungi di Malaysia.

Laman web yang baru dilancar tujuh bulan lepas itu kini sedang menyaingi laman-laman web berita lain yang telah dilancarkan beberapa tahun lepas.

Laporan terkini Alexa.com itu menunjukkan 88.4 peratus pembaca Astro AWANI datangnya adalah daripada negara ini, 2.1 peratus daripada Singapura, 1.9 pembaca daripada India manakala 0.8 peratus daripada Indonesia.

Alexa yang ditubuhkan sejak 1996 merupakan syarikat maklumat web yang menganalisis laman web seluruh dunia secara percuma.

Ketua Pengarang Kumpulan Astro Awani, Suhaimi Sulaiman, mengucapkan terima kasih kepada pembaca Astro AWANI atas respon yang diberikan.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca dan berharap agar anda semua terus membaca astroawani.com.

"Ada banyak lagi perkara-perkara menarik yang akan kami siarkan di laman web ini dimasa akan datang," katanya.

Senarai 20 laman berita paling kerap dikunjungi di negara ini menurut Alexa.com:

1. Malaysiakini.com
2. sinarharian.com.my
3. thestar.com.my
4. utusan.com.my
5. themalaysianinsider.com
6. hmetro.com.my
7. bharian.com.my
8. kosmo.com.my
9. mstar.com.my
10. mynewshub.my
11. sinchew.com.my
12. freemalaysiatoday.com
13. harakahdaily.net
14. chinapress.com.my
15. astroawani.com
16. themalaymailonline.com
17. bernama.com
18. nst.com.my
19. malaysia-chronicle.com
20. antarapos.com