Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin telah dibebaskan daripada sebarang kesalahan jenayah di Australia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakan sejawatannya di Australia.

“Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, beliau memperoleh wang berkenaan hasil jualan rumah miliknya, cuma transaksi dilakukannya tidak mengikut prosedur yang sebenar.

“Beliau juga sudah menerima hukuman ketika siasatan terhadapnya dijalankan pada 2016 iaitu kenaikan pangkatnya dari Senior Deputi Komisioner Polis ke Komisioner Polis digantung sehingga dia dibuktikan tidak bersalah,” katanya.

Wan Ahmad sebelum ini disiasat polis Australia selepas akaunnya menunjukkan transaksi mencurigakan.

BACA: Tiada kesalahan, Wan Ahmad Najmuddin hanya jual rumah - KPN

BACA: Kalau benar bersalah, kenapa Australia tak ambil tindakan? - Nur Jazlan