SEMPENA Hari Wanita Sedunia yang disambut setiap tahun pada 8 Mac, kaum hawa akan mengemudi siaran Astro AWANI sepanjang hari ini.

Bagi memperkasakan wanita, Astro AWANI menampilkan penyampai berita wanita bermula seawal jam 6 pagi pada Buletin AWANI dan akan berlanjutan sehingga jam 12 tengah malam.

Hari yang istimewa ini menyaksikan wartawan dan juga pengacara program Style District, Azyyati Ahmad membuat penampilan sulung sebagai penyampai berita.

Selain itu, pembaca berita dan wartawan, Nailah Huda juga akan mengacara program Pilihan AWANI buat pertama kalinya.


Semua penyampai wanita, disokong oleh pasukan editorial, serta tema pemberitaan Astro AWANI, juga adalah untuk kaum hawa hari ini.

Bukan hanya penyampai berita, dari bilik berita ke rakan setugas di belakang tabir, Astro AWANI juga ada wanita-wanita yang gigih menjalankan tugas pada hari ini.


Tidak dilupakan juga wartawan wanita yang berada di lapangan bagi membawakan perkembangan berita terkini dari semasa ke semasa.

Oleh itu, pastikan anda terus bersama Astro AWANI di saluran 501 dan juga di laman web www.astroawani.com .