Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melawat keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak anggota polis enam tahun lalu di kediamannya di Seksyen 11, Shah Alam.
Beliau tiba di kediamannya sekitar jam 5 petang di sini pada Jumaat dan meluangkan masa selama setengah jam bagi menemui keluarga Allahyarham.
Hadir bersama beliau adalah Presiden Keadilan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Menurut Mohamad Azmin, kunjungan ini bagi memberikan sokongan moral kepada keluarga berkenaan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan tuntutan ganti rugi selepas penantian hampir tiga tahun.
"Kita hadir untuk menyatakan sokongan moral kita kepada keluarga Allahyaraham dan sudah pastilah ini satu kehilangan yang besar kepada keluarga Allahyarham.
"YB Datuk Seri Wan Azizah dan saya menyatakan sokongan kita kepada ibu beliau dan keluarga dan kita mendoakan semoga roh Allahyarham mendapat husnul khatimah pengakhiran yang baik," katanya di sini.
Sementara itu, ibu Allahyarham Norsiah Mohamad, 67, menyifatkan keputusan mahkamah itu merupakan berita yang menggembirakan mereka.
"Keputusan yang kita dapat tahu hari ini Alhamdulillah bukan kerana wang ini, kerana bersihkan maruah saya, maruah anak saya, maruah keluarga saya itu saja," katanya di sini.
Pada Khamis, keluarga kepada Allahyarham Aminulrasyid berjaya mendapatkan ganti rugi bernilai hampir RM414,800 setelah Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan tuntutan mereka.
Mahkamah juga membenarkan tuntutan mereka terhadap Ketua Polis Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebanyak RM100,000 atas dakwaan memberikan kenyataan cuba menyembunyikan tindakan pegawai bawahannya.
Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM50,000.
Saman difailkan 17 April 2013 oleh kakaknya, Nor Azura, sebagai pentadbir harta Aminulrasyid, bersama ibunya masing-masing sebagai plaintif pertama dan kedua menuntut ganti rugi kecuaian anggota polis Koperal Jenain Subi, 54, serta tiga yang lain.
Anthea Yap
Fri Mar 25 2016
Menurut Mohamad Azmin, kunjungan ini bagi memberikan sokongan moral kepada keluarga Allahyarham Aminulrasyid. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Khalid arahkan Tony Pua disiasat berhubung tweet kes Aminulrasyid
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tweet daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua tentang kes tersebut memutarbelitkan fakta dengan tujuan mengelirukan rakyat.
Azmin lawat keluarga Allahyarham Aminulrasyid ditembak
Menurut Mohamad Azmin, kunjungan ini bagi memberikan sokongan moral kepada keluarga berkenaan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan tuntutan ganti rugi selepas penantian hampir tiga
Keluarga Aminulrasyid terima ganti rugi RM414,800
Saman sivil itu difailkan bagi menuntut ganti rugi hampir RM50 juta atas dakwaan kematian Aminulrasyid akibat luka tembakan di kepala berpunca daripada kecuaian Jenain.
Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan Koperal Jenain
Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan Koperal Jenain Subi daripada tuduhan mengakibatkan kematian pelajar 15 tahun, Aminulrasyid Amzah.