Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali telah menulis surat kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan beberapa isu berbangkit berhubung penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini dapat diselesaikan segera.
Mohamed Azmin berkata proses penstrukturan semula itu berada di peringkat terakhir dan beliau berharap ia dapat dimuktamadkan sebelum Aidilfitri ini.
"Semalam saya sempat bertemu dengan TPM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu Air Selangor untuk berbincang beberapa isu mengenai penstrukturan air ini dan saya gembira isu itu telah pun selesai.
"Hari ini saya juga telah menulis surat kepada TPM sebagai susulan untuk pastikan satu dua isu lagi dapat diselesaikan segera kerana harapan saya penstrukturan ini dapat dimuktamadkan sebelum raya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai perkara itu.
Mohamed Azmin turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan kerajaan Persekutuan dalam menjayakan Perjanjian Utama penstrukturan semula industri air di Selangor.
"Terima kasih kepada PM dan TPM kerana memberi kerjasama baik untuk melihat usaha kerajaan negeri disegerakan serta menyokong usaha kerajaan negeri ke arah memuktamadkan perjanjian utama.
"Kerajaan negeri juga akan memberi kelulusan serta menyegerakan projek Langat 2 sekiranya kita mendapat permohonan daripada pihak berkaitan bagi menyelesaikan krisis bekalan air di Selangor dan Lembah Klang," katanya.
Mengulas mengenai gangguan bekalan air di Hulu Langat dan Kuala Langat, Mohamed Azmin memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan melaksanakan catuan air kepada pengguna buat masa ini.
Jelasnya, bekalan air mentah di empangan negeri ini adalah mencukupi.
"Gangguan bekalan air di kawasan terbabit berlaku kerana kekurangan jumlah air terawat...bagaimanapun tiada catuan setakat ini," katanya.
Bernama
Thu Jul 02 2015
Mohamed Azmin berkata proses penstrukturan semula itu berada di peringkat terakhir dan beliau berharap ia dapat dimuktamadkan sebelum Aidilfitri ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek