Perubatan tradisional termasuk bekam dan urutan selepas bersalin dibenarkan untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, segala aktiviti berkaitan perubatan tradisional juga dibenarkan, sama dengan kebenaran diberikan kepada spa dan hotel.

“Saya umumkan dulu, yang berkaitan dengan perubatan tradisional pun kita benarkan, bukan saja spa dan hotel saja dibenarkan, begitu juga tradisional seperti berbekam, urutan oleh bidan selepas bersalin.

“Kita benarkan, apa juga berkaitan itu, kita benarkan termasuklah berbekam,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Rabu.

Ismail juga turut mengumumkan beberapa perkara penting yang membabitkan aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid dan pembukaan institut pengajian tinggi (IPT).