Seorang penumpang sebuah kereta maut dalam keadaan tragis dengan badannya terputus dua apabila kereta yang beliau naiki merempuh penghadang jalan di Jalan Salor – Pasir Mas awal pagi tadi.

Dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 6.05 pagi tadi, dua lagi masing-masing pemandu dan penumpang bahagian belakang mengalami kecederaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner ACP Ismail Mat Sidek mangsa yang maut dikenali sebagai Edi Azman Hassan, 45 tahun.

Keadaan kereta mangsa yang ditembusi besi penghadang jalan. - Foto: JBPM

Dalam kemalangan tersebut kereta yang dipandu rakan mangsa, dikatakan terbabas sebelum merempuh penghadang jalan sehingga menembusi bahagian tengah kereta jenis Toyota Vios itu.

“Mangsa berada di tempat duduk sebelah pemandu dan rempuhan itu menyebabkan besi penghadang jalan menembusi kereta dan mengenai mangsa sehingga mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia serta merta” katanya ketika dihubungi.

Kereta yang dipandu oleh Faharul Razi Razlan, 45 tahun, dalam perjalanan dari arah Pasir Mas menuju ke Kota Bharu.

Manakala seorang lagi mangsa yang berada di tempat duduk belakang, Asram Abdul Hamid, 45 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa yang maut di hantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab 11, di sini untuk bedah siasat.