'Bahagian ke-2' klip video seks disebar petang Rabu

'Bahagian ke-2' klip video seks disebar petang Rabu
Video kedua berkenaan dipercayai disebarkan individu tidak dikenali sekitar jam 7 petang ini. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Susulan tersebarnya klip video membabitkan individu yang didakwa mirip wajah seorang menteri Kabinet sejak semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali pada Selasa tampil membuat penafian penglibatan beliau dalam rakaman lucah berkenaan.

BACA: Azmin nafi terlibat, dakwa ada usaha jatuhkan beliau

Namun beberapa jam kemudian, 'Bahagian 2' klip video seks berkenaan telah disebarkan, lapor portal Malaysiakini.

Video kedua berkenaan dipercayai disebarkan individu tidak dikenali sekitar jam 7 petang ini.

Portal itu mendakwa modus operandi yang sama digunakan di mana banyak kumpulan Whatsapp dicipta dengan memasukkan nama pelbagai individu, termasuk wartawan.

Dipercayai pengendali kumpulan WhatsApp itu merancang untuk menyebarkan dua lagi klip pada bila-bila masa.