Anggota Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu supaya kerja-kerja membaik pulih Blok F Pangsapuri Taman Keramat Permai dapat dipercepatkan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi menegaskan pihak yang terlibat haruslah menjamin keselamatan penduduk di samping memastikan kualiti kerja pembaikan tidak akan terjejas.
"Kerja sudah bermula dan saya nyatakan tadi bahawa kita telah minta pihak yang terlibat untuk menyegerakan pembaikan ini sebelum hari raya akan datang.
"Tetapi jangan berkompromi soal kualiti kerja dan keselamatan penduduk yang menduduki bangunan dan ini telah diberikan jaminan oleh pihak PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) bahawa kerja-kerja ini akan menjamin keselamatan penduduk," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa terlibat dalam Majlis Penyampaian Bantuan Ihsan dan Penutupan Pusat Pemindahan di Dewan Serbaguna MPAJ AU2 di sini hari ini.
Bangunan Blok F Pangsapuri Taman Keramat Permai yang dilaporkan retak dan penghuninya yang dipindahkan sejak 26 April lalu, kini boleh pulang ke rumah masing-masing setelah struktur bangunan mereka disahkan selamat menerusi hasil kajian dan siasatan sehingga 2 Mei lepas.
Sementara itu, seorang penghuni Mohd Faysal Surifno Yusof, 45, ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan gembira kerana dapat pulang semula ke kediamannya itu bagi menyambut bulan Ramadan.
"Terima kasih kepada pihak yang membantu kami selama ini. Ada rasa risau juga sekiranya tidak sempat menyambut Ramadan di rumah, tetapi kita terpaksa sesuaikan diri dan saya reda dengan segala ketentuan serta ikut sahaja apa dimaklumkan pihak berkuasa," katanya.
Dalam pada itu, dua lagi penghuni, Hazlin Hayati Ahmad, 46, dan Zahari Abdul Rahman, 45, berharap supaya kejadian sama tidak berulang pada masa hadapan.
Mereka juga bersetuju dan menyambut baik cadangan sekiranya kerajaan mahu melaksanakan pembangunan semula bangunan berkenaan setelah mengambil kira usia struktur bangunan itu yang menjangkau kira-kira 30 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2019
Keadaan di Pangsapuri Taman Keramat Permai pada 29 April lalu yang dikosongkan akibat keretakan. --fotoBERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya