Seramai 1.5 juta peminjam yang patut membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diminta merebut peluang membayar balik pinjaman melalui pelbagai insentif yang ditawarkan dalam Bajet 2017.
Pengerusinya Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata selaras dengan pemberian insentif itu, PTPTN menjangkakan peningkatan 10 peratus bayaran balik pinjaman melalui kaedah pembayaran seperti dalam talian, debit langsung dan potongan gaji.
"Melalui insentif itu peminjam dapat meringankan beban hutang yang ditanggung kerana secara tidak langsung ia akan mengurangkan jumlah hutang yang perlu dibayar.
"Insentif ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN sama ada yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan atau sebaliknya dengan memulakan dan meneruskan bayaran balik mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Shamsul Anuar, insentif itu juga akan meningkatkan kesedaran peminjam PTPTN yang sudah bekerja untuk membuat bayaran balik secara konsisten melalui kaedah potongan gaji atau debit langsung.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat hari ini berkata insentif itu melibatkan diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
Sementara, insentif lain adalah diskaun sebanyak 10 peratus bagi bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
Insentif itu juga melibatkan diskaun 10 peratus untuk bayaran balik mela1ui potongan gaji atau debit langsung mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.
Pemberian diskaun 15 peratus dan 10 peratus itu layak diterima peminjam berkuat kuasa esok (22 Okt) hingga 31 Dis 2017. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2016
Insentif itu juga akan meningkatkan kesedaran peminjam PTPTN yang sudah bekerja untuk membuat bayaran balik secara konsisten melalui kaedah potongan gaji atau debit langsung. - Gambar fail
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
AWANI Tonight: UN Human Rights calls for independent investigation on Gaza mass graves
The UN Human Rights calls for an independent and transparent investigation into the mass graves found in and around hospitals in Gaza, including the Nasser Hospital.
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Hartal Doktor Kontrak: Kronologi lantikan pegawai perubatan kontrak
Hartal Doktor Kontrak menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji, serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap.
PM Najib umum kenaikan elaun, peruntukan tambahan RM20 juta kepada Rela
Peruntukan tambahan RM20 juta kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia adalah bagi pembelian uniform kepada kesemua anggota dan pegawainya.
PTPTN anjur Hari Mesra Pelanggan serentak di seluruh negara
Sambutan Hari Mesra Pelanggan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diadakan serentak di seluruh negara merupakan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan mereka.
PM Najib lancar MYREN-X
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan infrastruktur siber jalur lebar berkelajuan tinggi 100 gigabit sesaat Malaysian Research and Education Network di Universiti Malaya hari ini.
Insentif khas PTPTN untuk ibu bapa pelajar tahun satu
Keistimewaan itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2017 tahun lalu.
MOF jelaskan mengenai pengecualian cukai untuk badan agama
Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan 1967 bertujuan untuk memastikan pendapatan mereka digunakan secara khusus bagi tujuan keagamaan dan amal.
TN50 digerakkan dari akar umbi, manfaatkan semua golongan - PM Najib
Hala tuju negara bagi tempoh tersebut akan lebih jelas lagi apabila TN50 telah ditetapkan dan bakal digerakkan mulai tahun depan.
DUN Perak lulus Bajet 2017, PAS pilih berkecuali
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini meluluskan Enakmen Perbekalan atau Bajet Negeri Perak 2017 setelah dibahaskan empat hari oleh hampir kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) d
Muhyiddin hadir di Bukit Aman untuk diambil keterangan
Tan Sri Muhyiddin Yassin, tampil di ke Bukit Aman pagi tadi, bagi merakamkan percakapan berhubung ucapannya yang menyentuh tentang isu 1MDB di Parlimen baru-baru ini.
Bajet 2017: DBKL peruntuk RM2.87 bilion
Daripada peruntukan itu, sejumlah RM1.728 bilion disediakan bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.143 bilion bagi pembangunan.