Kemajuan dan kesejahteraan penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak terus mendapat perhatian utama Perdana Menteri dengan lebih RM6.8 bilion diperuntukkan di bawah Bajet 2018 untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan.
Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, mengumumkan sebanyak RM1 bilion akan disediakan untuk Sabah dan RM1 bilion lagi untuk Sarawak bagi tujuan membaik pulih sekolah-sekolah daif melalui Sistem Bangunan Berindustri (IBS).
Katanya, ini merupakan peruntukan terbesar yang disediakan oleh kerajaan bagi tujuan tersebut.
Menurutnya, sejumlah RM2 bilion akan diperuntukkan untuk projek Lebuhraya Pan-Borneo.
Beliau berkata, kesemua 11 pakej pembinaan di Sarawak telah diagihkan manakala lima daripada 35 pakej Fasa Pertama di Sabah telahpun dianugerahkan, dan 12 lagi dalam proses tender.
Perdana Menteri berkata RM1 bilion lagi akan diperuntukkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.
Katanya, hampir RM500 juta akan diperuntukkan untuk tujuan projek pembangunan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, manakala RM620 juta lagi untuk projek bekalan elektrik di kedua-dua negeri itu yang akan membawa manfaat kepada 10,000 rumah luar bandar.
Sejumlah RM300 juta juga akan disediakan bagi bekalan air bersih yang akan meliputi 3,000 rumah di Sabah dan Sarawak, katanya.
"RM50 juta diperuntukkan untuk pemetaan dan pengukuran tanah-tanah adat, iaitu RM30 juta untuk Sarawak dan RM20 juta untuk Sabah," kata beliau.
Program Penyeragaman Harga Barang Keperluan Asas di Sabah dan Sarawak juga akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM80 juta di bawah Bajet 2018.
Selain itu, bagi merancakkan pelaburan, perdagangan dan industri, Najib berkata peruntukan akan disediakan bagi membina jalan akses ke Empangan Baleh di Sarawak.
Kerajaan juga merancang untuk membina baharu Lapangan Terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Sandakan.
"Untuk merancakkan pembangunan di Labuan, kerajaan akan membuat kajian kebolehlaksanaan bagi membina jambatan menghubungkan Labuan dengan tanah besar di Sabah," katanya.
Golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di Sabah dan Sarawak adalah antara 600 unit rumah seluruh negara yang bakal menerima manfaat perumahan di bawah program My Beautiful New Home atau 'MyBNHomes' , kata Najib.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2017
Kerajaan memperuntukkan RM6.8 bilion di bawah Bajet 2018 untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Sabah dan Sarawak.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Isu pekerjaan, kos sara hidup harapan generasi muda
Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup menjadi antara intipati utama kerajaan pada pembentangan Bajet 2019, yang dijadualkan bulan depan.
PIKOM gesa kerajaan tangani isu jejas pertumbuhan industri ICT
Dengan kerajaan baru mengemudi negara, penekanan dan masa perlu diberikan untuk melaksanakan inisiatif bagi pertumbuhan industri serta menawarkan pelbagai faedah untuk sektor industri lain.
Kaji semula Pangkor sebagai pulau bebas cukai - MB Perak
Cadangan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai perlu dikaji semula sebelum memutuskan sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak.
ADAM50: Tahniah! Bayi Nora Danish, Siti Nurhaliza bakal terima insentif RM200
Lima artis popular tempatan bakal menerima RM200 di bawah skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).
Kad Diskaun Siswa: 3 perkara yang diinginkan mahasiswa
Berikut tiga perkara yang diinginkan mahasiswa untuk penambahbaikan kad siswa, terutamanya jika kerajaan berhasrat untuk membuka permohonan kepada pelajar baharu.
Hit #mythrowbaek2017 anda
Sudah 60 tahun berlalu sejak laungan kemerdekaan -Merdeka- bergema di Dataran Merdeka, Melaka. Tahun 2017 merupakan tahun yang mencatatkan banyak pencapaian yang cemerlang. Apa #mythrowbaek2017 anda?
Pemandu e-hailing boleh peroleh RM7,000 sebulan, tanpa enjin elektrik. Kenapa?
Pemandu teksi tiada pilihan kecuali memikirkan pendekatan lebih inovatif untuk kekal relevan dalam mendepani realiti masa depan.
Pendidikan peringkat rendah dan menengah masa kini percuma - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kos pendidikan di peringkat rendah dan menengah bagi ibu bapa pada masa kini adalah percuma dengan kerajaan membelanjakan purata RM8,900 bagi setiap pelajar setahun.
TVET mampu lonjak Malaysia setaraf Jerman
Kerajaan mahu perkasa pembangunan modal insan Malaysia setaraf Jerman melalui TVET
Pelaburan dilulus turun 26 peratus bagi sembilan bulan pertama
Malaysia merekodkan pelaburan dilulus bernilai RM113.5 bilion melibatkan sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama bagi tempoh 9 bulan pertama 2017.