Pengendali kursus Ibadat Haji disaran supaya memberikan penerangan terperinci mengenai situasi sebenar dan cabaran yang bakal dilalui bakal-bakal haji semasa berada di Tanah Suci dalam kursus-kursus kendalian mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata gambaran sebenar termasuk kemungkinan bencana perlu diterangkan supaya bakal-bakal haji dan keluarga bersedia dengan sebarang kemungkinan.
"Selain memberi asas kefahaman yang tepat tentang kewajipan haji serta hukum-hakam haji, mereka juga perlu menceritakan perkara yang di luar konteks haji seperti perkara-perkara di luar jangka yang mungkin terjadi.
"Ini penting agar bakal-bakl haji tidak meletak sebarang ekspektasi terlalu tinggi dan bersedia untuk menghadapi pelbagai suasana berbeza serta kemungkinan berlakunya krisis atau bencana yang tidak diduga," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-35 Bagi Musim Haji 1440H yang dihadiri lebih 300 Pengkursus Ibadah Haji di sini hari ini.-- LAGI
Mujahid berkata sebagai pendidik yang sering bersua muka dengan bakal-bakal haji, mereka yang bergelar 'murabbi' itu perlu juga berkongsi cerita 'tidak enak' itu selain mendidik rohani, fizikal dan mental untuk mengamalkan apa yang dipelajari dengan sempurna.
Beliau juga menyarankan supaya modul bimbingan haji diperkemaskan lagi dengan mengambil kira situasi terkini agar proses pengurusan haji berkaitan hukum hakam adalah selari dengan amalan ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Para murabbi ini juga perlu memberi kefahaman berkenaan pendekatan berteraskan Rahmatan Lil Alamin secara terperinci kerana haji merupakan ibadat agung yang turut disertai umat Islam dengan pelbagai latar belakang bangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 10 2018
Selain memberi asas kefahaman yang tepat tentang kewajipan haji serta hukum-hakam haji, pengendali kursus haji juga perlu menceritakan perkara yang di luar konteks haji. - Reuters
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
TH keluar surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah mulai Rabu
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.
Bakal jemaah diminta bersedia jika Arab Saudi benar jemaah luar tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati bakal haji Malaysia agar bersedia sekiranya kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah luar negara menunaikan ibadat haji pada tahun ini.
Situasi pandemik: Syarat, kos tambahan baharu dijangka dikenakan kepada bakal haji
Langkah itu selari dengan usaha bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Mujahid nafi subsidi kepada bakal haji rayuan dihapuskan
Perkara itu adalah atas budi bicara Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan membuat pertimbangan berdasarkan kemampuan individu terbabit.
Bakal haji perlu diberi gambaran sebenar di Tanah Suci - Mujahid
Pengendali kursus ibadat haji disaran memberi penerangan terperinci mengenai situasi sebenar dan cabaran yang bakal dilalui bakal-bakal haji.
Muhyiddin pesan bakal haji doakan negara kekal aman
Muhyiddin berkata bakal haji juga perlu mendoakan supaya pemimpin negara dijauhkan daripada perbuatan menjurus kepada fitnah.