Membakar kenderaan secara rawak dan dalam jumlah yang besar menjadi fenomena baharu untuk membalas dendam terhadap seseorang mahupun kumpulan tertentu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pelaku juga kononnya bertindak 'bijak' apabila tidak menyasarkan kenderaan milik pihak yang bertelingkah dengan mereka.
"Ini merupakan cabaran kepada polis untuk menjejaki identiti sebenar suspek kerana mereka tidak menyasarkan secara terus (membakar) kepada kenderaan milik mangsa.
"Kalau mereka bakar kenderaan milik sasaran utama, dah tentulah kita (polis) boleh kesan mereka berdasarkan bukti yang ada, seperti kaitan mereka dengan insiden yang terjadi sebelum itu," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun menurut Mohd Bakri, skop siasatan polis adalah luas dan menerusi kerjasama orang ramai serta risikan selain rakaman kamera litar tertutup, pelaku pasti dapat dikesan.
"Orang ramai dianggap 'perisik' terbaik kepada Polis Diraja Malaysia dalam memberikan maklumat bagi menyelesaikan kes bakar kenderaan. Maklumat penting mereka dapat membantu kita menyelesaikan kes itu sekaligus mengelak kejadian berulang," katanya.
Menurut Mohd Bakri, walaupun pelaku tidak membalas dendam secara langsung kepada yang disasar, rasa puas hati timbul kerana dapat menaikkan kemarahan orang lain.
Selain balas dendam, motif lain yang dikesan polis setakat ini termasuk pergaduhan antara kumpulan berebut kawasan, rasa dengki dan tekanan perasaan.
Sejak kebelakangan ini, banyak insiden membakar kenderaan dilapor media dengan yang terkini berlaku minggu lepas di George Town, Pulau Pinang, membabitkan tujuh kereta yang diletak di tingkat tiga parkir Flat Taman Jade, Bukit Gambir.
Awal tahun lepas, 26 motosikal dan sebuah teksi yang diletak di kawasan parkir pangsapuri Desa Mentari Sunway, Petaling Jaya, dibakar dipercayai mempunyai kaitan dengan pergaduhan antara dua kumpulan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor berkata 23 kes membakar kereta mewah berlaku sepanjang Mac lepas di sekitar ibu negara, sementara pada April pula 32 motosikal dibakar dalam tempoh 24 jam.
Pada April 2010, enam kereta musnah dalam kebakaran di sebuah pusat menjual kereta terpakai di Taman Saujana Megah, Batu Gajah, Perak dan polis percaya perbuatan itu dilakukan dua lelaki yang hampir diberkas pengawal keselamatan premis ketika cuba mencuri besi, sehari sebelum kejadian.
Mereka yang disabit kesalahan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan ini boleh dihukum penjara tujuh tahun dan denda.
Bernama
Mon Jan 21 2013
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Polis sentiasa pantau aktiviti Al-Arqam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau secara dekat kegiatan Al-Arqam bagi memastikan kumpulan yang diharamkan sejak 1994 itu tidak menjejaskan keselamatan negara.
Bakar kenderaan untuk balas dendam cetus fenomena
Membakar kenderaan secara rawak dan dalam jumlah yang besar menjadi fenomena baharu untuk membalas dendam terhadap seseorang.
Tambahan 400 Pegawai Penyiasat Polis
Polis akan menambah 400 pegawai penyiasat dalam usaha untuk meningkatkan standard penyiasatan dan proses pendakwaan bagi meningkatkan imej pasukan itu mulai Januari depan
Kaedah siasatan jenayah diperkasa (Video)
Jabatan Siasatan Jenayah akan memperkasakan kaedah siasatan dalam usaha menyelesaikan kes jenayah secara lebih berkualiti dan berkesan.