Empat lelaki termasuk seorang warganegara tempatan ditahan kerana terlibat dalam kumpulan pengganas yang merancang untuk melancarkan serangan di negara ini pada minggu pertama bulan Ramadan.
Kesemua suspek ditahan terdiri daripada seorang warga tempatan, dua warga Rohingya dan seorang Indonesia yang berusia antara 20 hingga 49 tahun.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, kesemuanya ditahan dalam operasi khas yang dilancarkan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman (E8) di sekitar Terengganu dan Lembah Klang pada 5 Mei dan 7 Mei lalu.
“Mereka mengaku menyertai pengganas Daish dan bersedia untuk melancarkan serangan terhadap rumah ibadat bukan Islam dan pusat hiburan di negara ini pada minggu pertama bulan Ramadan bagi membalas dendam kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang maut dalam insiden rusuhan di sebuah kuil pada tahun lalu.
“Mereka turut merancang untuk melakukan pembunuhan terhadap personaliti-personaliti berprofil tinggi yang didakwa tidak memperjuangkan dan menghina Islam,” ujar Abdul Hamid pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Abdul Hamid menambah, tangkapan pertama dibuat terhadap seorang buruh binaan warganegara tempatan berusia 34 tahun yang juga dalang utama rancangan itu di Kuala Berang, Terengganu pada 5 Mei lalu selain turut merampas sepucuk pistol, 15 butir peluru dan enam bahan letupan improvised explosive device (IED) serta sepucuk pedang samurai.
Jelasnya, tangkapan seterusnya dibuat di ibu negara pada 7 Mei lalu iaitu dua warga Rohingya berusia 20 dan 25 tahun yang bekerja sebagai pelayan restoran dan buruh binaan dan salah seorang daripadanya merancang untuk melancarkan serangan di Kedutaan Myanmar di sini dan ‘berjihad’ di Rakhine, Myanmar.
Tambahnya, tangkapan keempat pula dibuat di Subang Jaya pada hari yang sama iaitu warganegara Indonesia berusia 49 tahun dan mengaku terlibat dalam sel kumpulan pengganas serta merancang ‘berjihad’ di Syria.
Kesemua suspek disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Astro Awani
Mon May 13 2019
Salah seorang yang dikenal pasti menyertai kumpulan pengganas dan terlibat dalam perancangan yang mengancam keselamatan awam. - PDRM
Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Pelajar meninggal dunia ketika acara larian rentas desa
Seorang pelajar Tingkatan 2 meninggal dunia ketika menyertai acara larian merentas desa peringkat sekolah di Kuala Pilah, pada Jumaat.
Pemandu bas langgar 11 kenderaan direman
Pemandu bas yang merempuh 11 kenderaan di persimpangan lampu Isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Johor pada Khamis, direman empat hari sehingga Isnin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Konflik Israel-Iran: Wisma Putra pantau situasi di Timur Tengah
Susulan ketegangan yang berlaku di antara Israel dan Iran, Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata ia akan terus memantau situasi di Timur Tengah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Izara Aishah pilih tawaran berlakon, hanya filem dan drama bersesuaian - “Jalan cerita sekarang, saya tak minat”
Pelakon Izara Aishah mendedahkan dia ada menerima beberapa tawaran untuk anak perempuan sulungnya iaitu Irisa Alaia yang kini berusia empat tahun.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.
Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.
Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.
Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.
Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.
Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.
Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.