Mangsa banjir di Pahang menunjukkan peningkatan dengan jumlah mangsa direkodkan pada 2,725 setakat 12 tengah hari tadi.

Menurut statistik yang dikeluarkan Pusat Kawalan Banjir Negara (NDCC), sejumlah 764 keluarga telah dipindahkan ke enam pusat pemindahan di Kuantan dan Rompin.

Jumlah mangsa di Dungun dan Kemaman menunjukkan penurunan kepada 326 mangsa dari 108 buah keluarga.B

BACA: 'Tiba-tiba kampung dah jadi pulau kecil'

Di Mersing dan Kota Tinggi, jumlah mangsa masih sama iaitu 340 orang dari 100 buah keluarga.

Di Sarawak, dua buah sekolah dilaporkan masih ditutup ekoran keadaan banjir yang masih melanda di negeri berkenaan.

BACA: Banjir: 11 sekolah di Pahang ditutup

Sekolah-sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan Uma Sambop di Belaga dan SK Rumah Essau di Subis, Miri.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), jumlah kesemua murid yang terjejas bagi kedua-dua buah sekolah tersebut ialah seramai 213 pelajar.