Keadaan banjir di Pahang dan Sabah kian serius dengan jumlah mangsa yang dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi terus meningkat, manakala di Johor bertambah baik dengan bilangan mangsa terjejas menurun.
Di PAHANG, Raub menjadi daerah ketiga dilanda banjir selepas Rompin dan Temerloh, dengan jumlah keseluruhan mangsa dipindahkan setakat 10.30 malam tadi, sebanyak 1,206 orang daripada 339 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Raub, walaupun keadaan banjir tidak serius sebanyak 56 orang daripada 15 keluarga diarahkan berpindah ke Dewan Kampung Kuala Gali dan Masjid Baru Kampung Ajai sebagai langkah berjaga-jaga.
Di Rompin pula, jumlah mangsa meningkat kepada 1,127 orang daripada 320 keluarga berbanding 1,044 mangsa daripada 269 keluarga petang semalam.
Masing-masing ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pianggu (283 orang, 82 keluarga); Pusat Kegiatan Ekonomi Orang Asli Bukit Serok (214 orang, 80 keluarga), SK Sarang Tiong (214 mangsa, 45 keluarga) dan PPS Kampung Setajam (187 orang, 51 keluarga).
PPS Balai Raya Rekoh pula menempatkan 119 orang daripada 32 keluarga, Balai Raya Kampung Denai (49 orang, 13 keluarga), Balai Raya Bukit Lepas (33 orang, lapan keluarga) dan Dewan Telok Gading di Tanjung Gemok (28 orang, sembilan keluarga).
Keadaan banjir di Temerloh pula tidak berubah dengan 23 orang daripada empat mangsa masih ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Paya Luas.
Di SABAH, hujan lebat berterusan menyebabkan mangsa banjir meningkat mendadak di Kudat dengan mencatatkan peningkatan kepada 855 mangsa daripada 263 keluarga, berbanding 40 mangsa daripada 11 keluarga pada petang tadi.
Kesemua mangsa daripada Kampung Naradang, Kampung Korina, Kampung Purina dan Kampung Andab Bangau ditempatkan di PPS di SK Sikuati, Kudat.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM), lima jalan di daerah itu turut ditenggelami air, namun tiga daripadanya masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Di JOHOR, keadaan banjir bertambah baik dengan jumlah mangsa yang direkodkan di lapan daerah yang terjejas dengan bencana alam itu terus menurun kepada 8,544 orang malam tadi berbanding 9,144 orang petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon menerusi kenyataannya pada Isnin berkata lima PPS iaitu empat di Kota Tinggi dan satu di Johor Bahru turut ditutup.
Katanya, setakat ini kesemua 2,308 keluarga terbabit ditempatkan di 86 PPS iaitu di Kluang (28), Segamat (25), Kota Tinggi (14), Mersing (10), Pontian dan Batu Pahat masing-masing tiga PPS, dua di Kulai dan satu di Johor Bahru, dengan Kluang mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 2,640 orang dan diikuti Kota Tinggi 2,123 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 16 2019
Kampung Kurnia di Rompin, Pahang, masih ditenggelami banjir ketika tinjauan pada Isnin. --fotoBERNAMA
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Bernas ceriakan Aidilfitri pesawah asnaf
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menceriakan 45 asnaf dan komuniti pesawah sempena Aidilfitri tahun ini.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
12 maut akibat banjir, tanah runtuh di Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan berterusan di Brazil, kata pegawai pada Ahad.
Hujan lebat berterusan, Buenos Aires keluar amaran tahap oren
Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan (SMN) mengeluarkan amaran pada tahap oren berikutan ribut akibat hujan lebat di kawasan metropolitan Buenos Aires pada Rabu.
Selatan Perancis masih tenggelam akibat banjir
Kawasan di Beaucaire, timur Montpellier di selatan Perancis masih ditenggelami air meskipun banjir mula surut pada Isnin.
26 maut, enam hilang dalam banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat, Indonesia
Agensi Pengurusan Bencana Sumatera Barat (BPBD) pada Isnin melaporkan 26 maut dengan enam masih hilang dan dua cedera dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di pulau itu.
Korban banjir, tanah runtuh di Sumatera Barat meningkat kepada 19
Daerah Pesisir Selatan paling teruk terjejas dengan 16 kematian dan tujuh lagi hilang manakala 25,794 keluarga terjejas.
Hujan, ribut petir landa UAE
Pihak berkuasa di seluruh UAE mengeluarkan amaran menggesa orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan elak berkunjung ke pantai.
PETRA akan tambah TAPS atasi masalah bekalan air - Fadillah
Fungsi TAPS amat penting terutamanya ketika musim kemarau atau berlakunya pencemaran di sungai.
Banjir Sarawak: 1,511 mangsa di 14 PPS pagi ini
Enam PPS dibuka di Kuching, tiga di Siburan, dua di Bau, dua di Balai Ringin dan satu di Lundu.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat lebih 1,000 orang
Sebanyak 1,193 mangsa daripada 367 keluarga berlindung di PPS berbanding 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari tadi.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari ini.