Situasi banjir di daerah Segamat, Johor semakin buruk dengan mencatatkan peningkatan 1,764 mangsa menjadikan jumlah terkini yang dipindahkan setakat jam 4 petang mencecah 2,464 mangsa berbanding hanya 700 mangsa pada pukul 12 tengahari tadi.

Kesemua mereka melibatkan 627 buah keluarga dipindahkan ke 29 pusat pemindahan seluruh daerah itu berbanding jam 12 tengah hari tadi, hanya 16 pusat pemindahan dibuka

Penduduk yang dipindahkan terdiri daripada lebih 15 kampung antaranya Kampung Batu 13, Kampung Tenang, Kampung Segamat Kechil dan Kampung Sawah Baru.

BACA: Banjir: 152 mangsa banjir ditempatkan di dua pusat pemindahan di Sabak Bernam

BACA: PM Najib bimbang mangsa banjir ramai, mahu semua bersiap sedia


Cuaca yang semakin buruk juga menyebabkan enam jalan utama di daerah itu terpaksa ditutup selepas mula dipenuhi air.

Antaranya jalan utama di Felda Pemanis, Felda Redong dan Felda Kemelah, Jalan Jabi ke Bukit Tempurung, Jalan Tungku 3, Jalan Kampung Kwongsai dan Jalan Meriyani.

Dalam pada itu, sembilan buah sekolah di daerah itu juga ditutup susulan dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir