Situasi banjir di Terengganu bertambah buruk malam ini, apabila jumlah mangsa meningkat kepada 875 mangsa daripada 258 keluarga berbanding 445 mangsa daripada 142 keluarga pada petang tadi.
Peningkatan jumlah mangsa banjir itu berikutan dua lagi daerah turut dilanda banjir, iaitu Hulu Terengganu dan Dungun, berbanding hanya Setiu dan Besut sebelum ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata Besut merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 457 orang daripada 113 keluarga, yang kini berada di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) malam ini.
"Peningkatan berbanding 284 mangsa dari 72 keluarga di enam PPS itu adalah susulan empat lagi pembukaan PPS di daerah tersebut secara berperingkat, sejak lewat petang Jumaat.
"Di Setiu pula, jumlah mangsa terus meningkat kepada 362 orang daripada 131 keluarga berbanding 161 mangsa dari 70 keluarga sebelum ini. Kesemua mereka berada di enam PPS yang beroperasi setakat ini," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Daerah terbaharu dilanda banjir iaitu Hulu Terengganu pula menempatkan 48 mangsa daripada 12 keluarga di tiga PPS daerah itu manakala hanya satu PPS yang beroperasi di Dungun setakat ini iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Minda di Hulu Dungun, yang menempatkan lapan mangsa daripada dua keluarga.
Sehubungan itu, Che Adam menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa, terutamanya arahan untuk berpindah ke PPS yang telah ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Sentiasa peka dengan perubahan cuaca semasa dan mengikuti perkembangan terkini banjir dari saluran maklumat yang sah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 29 2019
Peningkatan jumlah mangsa banjir itu berikutan dua lagi daerah turut dilanda banjir, iaitu Hulu Terengganu dan Dungun, berbanding hanya Setiu dan Besut sebelum ini. -Gambar fail
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Inspektor polis ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan
Ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dibatalkan.