Enam keluarga membabitkan 34 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka di Kampung Mohd Amin di sini, dilanda banjir kilat.

Kesemua mangsa ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan Nong Chik.

Jurucakap sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor berkata, PPS itu dibuka pada jam 6.30 petang bagi memberikan bantuan sewajarnya kepada mangsa.

Selain kampung terbabit, banjir kilat yang terjadi selepas hujan lebat hampir dua jam itu turut mengakibatkan beberapa laluan utama di bandaraya ini dinaiki air.

Antara kawasan yang dinaiki air lewat petang Selasa. - Astro AWANI
Bagaimanapun air di laluan depan Danga Bay dan Jalan Skudai telah surut sejam kemudian.

Pihaknya memaklumkan pemantauan akan dilakukan secara berterusan.