KUCHING:Banjir di Sarawak menunjukkan penurunan apabila hanya lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Bahagian Serian.

Menurut kemas kini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak setakat pukul 8 malam Ahad, lima pps itu melibatkan 569 mangsa daripada 166 keluarga.

"Berlaku peningkatan jumlah di PPS Sk Tanah Puteh dengan 341 mangsa daripada 101 keluarga.

"Manakala, lain-lain PPS yang masih dibuka di Serian ialah Dewan Kampung Rimba Padi; Dewan Kampung Slabi Entukuh; Dewan Balek Buk Janjun dan Dewan Masyarakat Serian," katanya dalam kenyataan pada malam Ahad.

Selain itu, JPBN Sarawak turut melaporkan PPS di Kuching dan Miri ditutup secara rasmi memandangkan tiada kawasan yang terjejas akibat banjir.

Keadaan salah sebuah rumah di Kampung Tanah Puteh, Serian yang dinaiki air.