Banjir Terengganu: Langkah siap siaga pihak sekolah berjaya elak kerosakan lebih besar

Banjir Terengganu: Langkah siap siaga pihak sekolah berjaya elak kerosakan lebih besar
Lapan sekolah melibatkan daerah Dungun,Kemaman dan Hulu Terengganu yang terjejas akibat banjir baru-baru ini telah di selenggara secara berperingkat. - Gambar Astro AWANI
Hulu Terengganu: Persediaan awal yang dilakukan pihak sekolah di Terengganu dapat menyelamatkan pelbagai barangan termasuk perabot dari di tenggelami banjir.

Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata langkah itu sekaligus dapat mengurangkan kos dan peruntukan bagi proses membaik pulih sekolah yang ditimpa bencana.
“Pihak sekolah telah mengambil tindakan pro aktif.. apabila sahaja masuk musim tengkujuh iaitu pada bulan November dengan mengikat dan telah mengangkat perabot, peralatan elektrik dan sebagainya.

“Dokumen-dokumen rasmi dan dokumen-dokumen termasuk buku teks, di tempat yang lebih tinggi,” jelasnya.

Menurutnya lagi pada tahun ini pihaknya hanya memohon peruntukan sebanyak RM350,000 berbanding lebih RM5 juta pada tahun lalu.

Jumlah berkenaan termasuk untuk kerja-kerja membaik pulih sekolah yang di pukul ribut hingga menyebabkan kerosakan pada bahagian bimbung,siling serta pagar sekolah.

Jelasnya kira-kira lapan buah sekolah melibatkan daerah Dungun,Kemaman dan Hulu Terengganu yang terjejas akibat banjir baru-baru ini telah di selenggara secara berperingkat.