Penutupan sebuah bank di sini yang tular pada Khamis adalah bertujuan untuk menjalankan proses sanitasi dan sebagai langkah pencegahan awal, susulan terdapat kontak rapat pesakit COVID-19 dalam kalangan kakitangannya.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata, hasil maklumat yang diperolehi, pihaknya mendapati kakitangan bank berkenaan adalah kontak rapat dengan pesakit COVID-19, ketika dia pulang ke Kedah pada Aidiladha lalu.
"Bagaimanapun kakitangan bank berkenaan yang bukan penduduk di Bagan Serai, tidak hadir ke sini setelah mengesyaki dirinya mengalami tanda-tanda awal COVID-19.
"Keputusan pihak bank itu membuat penutupan semalam, hanyalah sebagai langkah-langkah awal pencegahan dan tiada kakitangan bank itu dijangkiti COVID-19," katanya pada sidang media di sini malam tadi.
Pada Khamis, tular di laman media sosial menunjukkan gambar notis penutupan bank itu sehingga menimbulkan kegusaran orang ramai, yang bimbang akan penularan wabak pandemik berkenaan di Bagan Serai.
Dalam perkembangan lain, Omar Bakhtiar berkata, polis telah mengambil keterangan pemilik akaun laman sosial Facebook yang telah mencetuskan kebimbangan, dengan memuat naik satu mesej mendakwa terdapat kluster baharu wabak COVID-19 di Kuala Kurau di sini baru-baru ini.
Katanya pemilik akaun Facebook menggunakan nama 'Siti Aminah Binti Ismail', yang dicari pihak polis telah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Menurutnya, hasil siasatan ke atas wanita berusia 41 tahun berkenaan mendapati, beliau sebenarnya prihatin dan mahu penduduk di Kuala Kurau peka dengan wabak yang melanda negara, namun tersilap memberi maklumat.
"Semakan polis dengan Pejabat Kesihatan Daerah Kerian mendapati, tiada kluster dari Singapura yang wujud di Kuala Kurau dan Kampung Parit Mat Ali, tetapi sebaliknya terdapat penduduk dari luar Kuala Kurau yang pulang dari negara itu, namun telah menjalani kuarantin di rumah.
"Penduduk tersebut bukanlah di Kuala Kurau atau di Parit Mat Ali, sebaliknya di kawasan lain dan tempoh kuarantinnya telah tamat pada 3 Ogos lalu, manakala hasil ujian mendapati dia negatif COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 07 2020
Semakan dengan Pejabat Kesihatan Daerah Kerian mendapati, tiada kluster dari Singapura yang wujud di Kuala Kurau dan Kampung Parit Mat Ali, kata Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob. - Gambar hiasan
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
'Simple macam ni lagi okey' - Netizen komen penampilan Aina Abdul sambut Aidiladha
Aina memilih penampilan biasa iaitu jubah dan tudung berwarna hitam.
Tindakan bakar al-Quran di Sweden singgung perasaan 2 bilion umat Islam - Liga Arab
Menteri-menteri luar Majlis Liga Arab mengutuk sekeras-kerasnya jenayah kejam pembakaran naskhah Al-Quran di Stockholm, Sweden.
'Mustahil kembali ke Syria, mahu bina kehidupan lebih baik' - Pelarian
"Saya fikir mustahil untuk pulang ke kampung saya di al-Qusayr, Syria. Saya berharap dapat ke negara lain untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik terutama demi masa depan anak-anak."
Malaysia gesa kerajaan Sweden henti tindakan provokatif bakar al-Quran
Malaysia menyeru kerajaan Sweden untuk menghentikan memberi kelulusan kepada tindakan provokatif membakar al-Quran di Stockholm, Sweden, pada Rabu.
Cuaca panas teruk, Zul Ariffin tetap syukur dapat tunai haji
Pelakon, Zul Ariffin kini sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
Tindakan tidak hormat, merosakkan al-Quran adalah jenayah di Rusia - Putin
Presiden Vladimir Putin menegaskan kitab itu adalah kitab suci buat umat Islam dan harus dianggap suci oleh semua.
Sultan Johor kurnia 100 lembu sempena Aidiladha
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi ibadah korban sempena Aidiladha hari ini.
Kedutaan Malaysia agih daging korban di Jakarta sempena Aidiladha
Kedutaan Besar Malaysia hari ini menganjurkan majlis korban dengan tema, 'Berkongsi Keberkatan' dan mengagihkan daging sempena Hari Raya Aidiladha.
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembakaran al-Quran di Stockholm - Zambry
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar kitab suci al-Quran pada 28 Jun, 2023 di Stockholm.
Kris Dayanti korban tiga ekor lembu sempena Aidiladha, siap diberi nama
Kris Dayanti Korban Tiga Ekor Lembu Di Aidiladha, Siap Ada Yang Dinamakan Alexander