Seorang warga kerja Malaysia Airports menerima pujian netizen selepas menyelamatkan seorang penumpang jemaah haji daripada terjatuh dari eskalator di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malaysia Airports menerusi laman Instagramnya memuat naik sebuah video yang menunjukkan Hamdan Maarof dengan pantas menyelamatkan seorang jemaah haji yang hampir terjatuh dari eskalator di KLIA pada pagi Rabu.

Difahamkan, sejurus selepas kejadian tersebut, Hamdan membuat keputusan untuk terus berada di kawasan kejadian sambil membantu para jemaah yang lain.

“Sejurus kejadian tersebut, Hamdan terus berada di kawasan kejadian sambil membantu para jemaah yang lain untuk membawa barangan dan beg ke balai menunggu.

"Syabas sekali lagi Hamdan atas tindakan tangkas anda,” tulis Malaysia Airports.

Tindakan Hamdan kemudian menerima pujian netizen di Instagram. Mereka menyifatkan Hamdan sebagai seorang pekerja yang bertanggungjawab dan prihatin.

Terbaik Encik Hamdan!